Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Skandal Burning Sun Kembali Panas, Video Baran Seungri Tular

Skandal seks terbesar dunia hiburan Korea Selatan, Burning Sun kembali mencuri perhatian apabila sebuah dokumentari khas menceritakan secara terperinci mengenai jenayah itu dimuat naik di YouTube, semalam.

Memetik artikel BBC, BBC Korea melancarkan dokumentari selama satu jam pada hari Ahad yang lalu bertajuk, ‘Burning Sun: Exposing the Secret K-pop Chat Groups’ yang melihat kepada dua wartawan wanita Korea yang membuat pendedahan besar mengenai kes itu dan penemuan mereka sepanjang proses penyiasatan mereka.

Foto: Lowly Institute

Seungri yang juga bekas ahli kumpulan BIGBANG didapati bersalah dalam jenayah pemerdagangan seks, perjudian haram dan beberapa pertuduhan lain yang berlaku di kelab malam miliknya, Burning Sun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, dokumentari itu mendedahkan bagaimana pekerja kelab Seungri meletakkan dadah ke dalam minuman gadis sebelum diperkosa oleh pengunjung kelas atasan kelabnya.

Namun, rata-rata penonton terkejut dengan video eksklusif menunjukkan bagaimana Seungri menarik tangan seorang gadis secara kasar untuk melayaninya.

Orang ramai turut mempertikaikan bagaimana penyanyi itu hanya mendapat hukuman penjara selama 18 bulan sedangkan jenayah yang dilakukannya jauh lebih besar.

Dalam pada itu, BBC turut mendedahkan perbualan mesej berkumpulan antara Seungri dan beberapa figura dunia K-pop yang lain seperti penyanyi, Jung Joon-young dan bekas kumpulan FT Island, Choi Jong-hoon. Mereka saling berkongsi video gadis yang dinodai atau dirakam tanpa izin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: X

Dokumentari itu, diikuti dengan artikel bertulis dalam bahasa Korea dan Inggeris, menyelidiki apa yang dipanggil skandal Burning Sun yang bermula pada akhir 2018 apabila seorang lelaki bernama Kim Sang-gyo mendakwa dia diserang oleh kakitangan di kelab Burning Sun di Daerah Gangnam, Selatan Seoul.

Sekadar makluman, Seungri pertama kali dijatuhkan hukuman selama tiga tahun pada Ogos 2021 oleh mahkamah tentera, yang dikurangkan kepada satu setengah tahun oleh Mahkamah Agung kerana dia “mengakui semua jenayahnya dan menyesali tindakannya”, menurut keputusan itu. Seungri dibebaskan dari penjara pada Februari 2023 dan Jung pada Mac tahun ini.

Sumber: BBC, X @hyukjaeable

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd