Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sumbangan Khas Haji Muasassah Ceriakan Bakal Jemaah Di Wilayah Persekutuan Putrajaya

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Haji Muasassah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.

Menerusi satu kenyataan, PPj memaklumkan bahawa penyampaian sumbangan kepada bakal jemaah haji tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan bagi penyediaan kelengkapan ke tanah suci.

“Program yang julung kali diadakan ini adalah merupakan sebahagian daripada program sumbangan melalui inisiatif Ihsan atau PUJI bagi menyantuni warga Wilayah Persekutuan yang telah dijemput sebagai Duyufurrahman,” katanya.

PPj juga berharap pelaksanaan program itu dapat memupuk nilai kasih sayang dan keprihatinan JWP dan PPj melalui perkongsian rezeki sekaligus memberikan keceriaan kepada bakal jemaah haji.

“Pelaksanaan program ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan ukhuwah yang kukuh di antara pemimpin masyarakat dan komuniti setempat,” ujarnya.

PPj juga turut memaklumkan bahawa program tersebut akan menyantuni seramai 2,204 orang penerima sumbangan dari ketiga-tiga Wilayah Persekutuan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.102 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Seramai 579 warga Putrajaya yang bakal menunaikan ibadah fardu haji pada tahun ini akan menerima sumbangan sebanyak RM500.00 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM289,500.00.
“Senarai penerima adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Lembaga Tabung Haji,” tambahnya lagi.

Sementara itu, majlis penyampaian sumbangan khas tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd