Connect with us

Hi, what are you looking for?

Kolumnis

Pendapatan Ibu Bapa Mempengaruhi Masa Depan Anak Gen Alpha

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu generasi baby-boomers, X, Y (milennials), Z dan yang terkini Alpha. Menurut Jabatan Statistik Negara (DoSM), anak-anak yang dilahirkan dalam generasi alpha ini adalah dari tahun 2010-2024.

Anak-anak dari generasi ini adalah generasi pertama yang keseluruhan dari mereka dilahirkan pada abad ke-21, dan di Malaysia 23.2% daripada populasi Malaysia adalah berusia 14 tahun. Ini bermaksud, 7.6 million generasi muda adalah terdiri daripada generasi Alpha (commissionfactory.com). Pada tahun 2030, kumpulan pertama daripada anak-anak Generasi Alpha yang dilahirkan pada tahun 2010 akan memasuki alam pendidikan tinggi.

Anak-anak kelahiran Generasi Alpha ini adalah kebanyakannya datang daripada Generasi Y yang merupakan sebuah generasi yang telah melalui transisi analog pada digital dalam kehidupan seharian serta perubahan abad dari abad ke-20 pada abad ke-21. Untuk itu, pihak kerajaan dan penyedia polisi negara harus bersedia untuk mendepani apakah cabaran dan kecenderungan anak-anak dari generasi ini yang telah terlahir dalam teknologi revolusi digital.

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1960 dan mendukung objektif untuk memastikan pelaksanaan di dalam dasar pendidikan negara ini mampu mengisi dan menampung keperluan tenaga kerja serta modal insan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan telah ditingkatkan oleh pihak kerajaan seiring dengan revolusi perindustrian 4.0. Hari ini, trend terkini dunia pula adalah artificial intelligence (AI), dan bermulalah penerokaan bidang-bidang baharu dalam ekosistem teknologi ini.

Persoalannya adalah, bersediakah negara kita mendepani perubahan pesat yang berlaku ini? Perubahan yang berlaku adalah secara tidak langsung melibatkan  demografi dan psikografi seseorang individu itu. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Dr. A, Chitra pada tahun 2020 menyatakan terdapat impak terhadap kepintaran emosi pada Generasi Alpha berdasarkan status sosio-ekonomi ibu bapa mereka yang juga terdiri daripada Generasi Y.

Kajian yang lepas telah menunjukkan terdapat kaitan yang khusus antara cara hidup dan pendapatan bulanan ibu bapa dengan kepintaran anak-anak (Ghazi et. Al., 2012). Dengan cabaran ekonomi yang melanda negara lebih-lebih lagi setelah dunia baru bangkit daripada pemulihan pasca-pandemik COVID-19, masa depan dan hala tuju pendidikan Generasi Alpha kian tidak menentu.

Atas kegusaran inilah kerajaan dan penyedia polisi terhadap kecenderungan para lepasan sekolah terhadap pendidikan tinggi adalah merudum kerana keadaan ekonomi yang tidak stabil. Smith et. Al., (1997) dalam kajian mereka  juga mendapati pendapatan dan kelayakan akademik seorang ibu juga memberi impak kepada kepintaran kognitif anak-anak. Kenyataan ini secara tidak langsung menyokong pepatah melayu mengatakan tangan yang menghayun buaian itu, mampu menggoncangkan dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penulis ingin pembaca bayangkan, apa akan jadi sekiranya anak muda dari generasi Z tidak mempunyai kecenderungan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, dan memilih untuk menempa nama menjadi pempengaruh dan memperoleh sumber pendapatan daripada gig ekonomi yang masih belum stabil di Malaysia? Sudah tentu semua ini akan memberi kesan kepada masa depan pendidikan anak-anak generasi Alpha kita.

Polisi negara yang mencakupi pelbagai bidang baik daripada pendidikan, kewangan, teknologi, taraf hidup dan lain-lain lagi adalah seiring dengan hasrat dan hala tuju global. Malaysia bersama 192 negara lain telah mengadaptasi The 2030 Agenda for Sustainable Development Goal (SDG) yang telah berlangsung pada United Nations General Assembly di New York pada 25 September 2015. Dalam agenda ini menggariskan setiap negara ahli perlu seiring dalam mendukung objektif kemajuan negara tanpa melakukan kerosakan pada bumi dalam 17 matlamat yang mencakupi aspek:

  1. Tiada kemiskinan
  2. Tiada kebuluran
  3. Tahap kesihatan yang baik dan kesejahteraan
  4. Pendidikan berkualiti
  5. Hak sama rata jantina
  6. Bekalan air bersih dan kebersihan
  7. Bekalan tenaga yang murah dan bersih
  8. Pekerjaan yang mampan
  9. Perindustrian, infrastruktur dan inovasi
  10. Pengurangan ketidaksamarataan
  11. Kemampanan perancangan bandar
  12. Penggunaan sumber dengan penuh tanggungjawab
  13. Perubahan iklim
  14. Kehidupan dalam air
  15. Kehidupan di darat
  16. Keamanan, Keadilan dan Kemampanan Institusi
  17. Kerjasama antara ahli untuk matlamat SDG

Menjelang tahun 2030, kesemua aspek di atas diharapkan mampu didepani oleh kerajaan Malaysia. Pada tahun 2030 juga, anak-anak Generasi Alpha yang lahir pada tahun 2010 akan memasuki alam pekerjaan dengan usia 20 tahun. Sudah semestinya kecenderungan dan minat mereka adalah berbeza dengan Generasi Z yang sebelumnya.

Kecenderungan dan minat sesuatu generasi ini adalah bergantung kepada keadaan sosio-ekonomi keluarga mereka, dan peranan kerajaan dalam perkara ini adalah untuk memastikan kesejahteraan dan pendapatan keluarga adalah cukup mampan supaya masalah sosial yang tidak menggugat perhatian mereka di sekolah.

Untuk itu, peranan kerajaan dan juga pihak NGO yang menjaga kebajikan kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu mengambil inisiatif dan lebih proaktif dalam memahami keperluan dan kecenderungan mereka. Seiring dengan 21st Century Skills, yang terbahagi kepada 3 iaitu Kemahiran Belajar, Kemahiran Literasi, dan Kemahiran Hidup. Kemahiran yang disebut ini mampu menyedia anak muda Malaysia ke arah global dan mampu menjana pendapatan lebih baik untuk masa yang panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Fariza Isa, Ph.D

Penulis adalah seorang pencinta buku dan percaya hanya pendidikan sahaja boleh mengubah hidup seseorang dari "zero ke hero."

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd