Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

KPK Umum Penjenamaan Semula MPOCC Sebagai MSPO

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengumumkan penjenamaan semula Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) sebagai Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menterinya Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pertukaran nama MPOCC kepada MSPO merupakan salah satu inisiatif pemantapan penjenamaan semula MSPO sebagai sebuah skim pensijilan minyak sawit yang berkualiti dan terbaik di dunia.

Foto: FB Johari Abdul Ghani

“Penjenamaan kepada MSPO dilihat sebagai satu strategi pemasaran dan pemerkasaan jenama dan imej pensijilan MSPO di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pelancaran sambutan ulang tahun MSPO ke-10 Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Johari menjelaskan, usaha-usaha untuk mempromosi MSPO ini akan disempurnakan dengan pelancaran Pelan Tindakan Strategi MSPO tahun 2024 sehingga 2026 yang mengutamakan 57 inisiatif strategik, merangkumi tiga strategi utama.

“Pertama, membina skim pensijilan kemampanan yang teguh dan boleh dipercayai, kedua adalah untuk memastikan pematuhan pemain industri dan memberi nilai tambah kepada pensijilan MSPO.
“Terakhir ialah memperluaskan pengiktirafan dan penerimaan MSPO,” ujar beliau.

Foto: Website MSPO

Bekas Menteri Kewangan II itu turut memberitahu Pihak Kesatuan Eropah (EU) juga telah memberi pengiktirafan yang bermakna atas komitmen Malaysia terhadap pengeluaran produk komoditi yang mampan.

“Baru-baru ini, di dalam perbincangan dua hala antara pihak Kementerian dan pihak Kesatuan Eropah (EU) berkenaan isu European Union Deforestation-free Regulation (EUDR) dan MSPO, kita telah mendapat respon yang positif berkaitan usaha Malaysia untuk mengurangkan kadar penebangan hutan,” katanya.

Untuk makluman, MSPO telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat institusi pengajian tinggi iaitu IIUM Higher Education Sdn Bhd, Persatuan Regenerasi dan Kelestarian Alam, Kolej FELCRA dan City University.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, seramai 10 Duta Belia MSPO dari setiap institusi telah dipilih bagi mempromosi dan memberi kesedaran kepada pelajar lain berkenaan pensijilan MSPO tersebut.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd