Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ops Sky: Sebanyak 98 Akaun Syarikat Dan Individu Bernilai Lebih RM22 Juta Dibekukan – SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ops Sky telah membekukan sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta berhubung sindiket pengubahan wang haram yang didalangi sebuah syarikat perunding kewangan.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, setakat ini seramai 21 individu ditahan bagi membantu siasatan lapan pengarah syarikat dan kakitangan sebuah syarikat, 12 pegawai bank serta seorang orang awam yang berperanan sebagai ejen.

Ops Sky telah bekukan akaun bernilai lebih RM22 Juta

Menurut beliau, sindiket tersebut melibatkan lima hingga enam bank yang beroperasi di Malaysia dengan jumlah pinjaman mencecah RM700 juta, dan SPRM tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan susulan.

Terdahulu, SPRM telah merampas sebanyak 4,000 dokumen dalam operasi sama untuk membantu dalam siasatan berkaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sindiket rasuah, pengubahan wang haram: 12 individu ditahan, 70 akaun dibeku babitkan RM16.2 juta | WilayahKu

Foto: Buletin TV3

Kes berkenaan turut membabitkan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Difahamkan, seramai 16 individu termasuk pegawai bank dan wakil syarikat perunding kewangan telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Foto: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Op Sky: 4,000 Dokumen Dirampas, 16 Lagi Individu Akan Ditahan

SPRM turut mendapati sejumlah RM700 juta pinjaman sudah diluluskan kepada 4,000 penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Bukan itu sahaja, sindiket terbabit dipercayai menawarkan khidmat bantuan perunding kewangan kepada kakitangan awam melalui platform media sosial dan jelajah ke jabatan serta kementerian.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd