Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Isteri Pemain Bola Sepak Venezuela Maut Ditimpa Runtuhan, Sanggup Jadi Perisai Selamatkan Anak

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi yang melanda negara berkenaan,

Menurut laporan media tempatan dan perkongsian Bello di media sosial, Andrea ditemui maut di bawah runtuhan selepas kediaman keluarga mereka runtuh akibat gegaran kuat di kawasan berhampiran ibu negara Caracas.

Bello berkata isterinya berjaya menyelamatkan anak mereka sebelum terkorban dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan anak perempuan dan ibu saudaranya selamat dan sedang menerima rawatan di hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam hantaran berasingan, beliau meluahkan kesedihan atas tragedi berkenaan dan menyatakan kebingungan untuk menjelaskan kejadian itu kepada anaknya.

“Bagaimana saya hendak jelaskan kepada anak bahawa ibunya telah mengorbankan nyawa untuk menyelamatkannya, sedangkan saya tidak berada di sana untuk berbuat apa-apa?” katanya.

Media antarabangsa Univision melaporkan gempa bumi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 920 nyawa, manakala lebih 3,000 lagi cedera.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan terjejas.

Sumber: BBC 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Dunia

Pihak berkuasa Thailand berjaya merampas kira-kira 500 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion dalam satu serbuan besar di Narathiwat, dipercayai melibatkan rangkaian sindiket...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd