Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

8 Sami Terkorban Dirempuh Trak Pikap, Budak 11 Tahun Pandu Tanpa Izin

Lapan sami dilaporkan maut selepas sebuah trak pikap yang dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun merempuh perarakan penganut Buddha di Mukdahan, Thailand, hari ini.

Suspek merupakan kanak-kanak

Memetik laporan daripada BBC, pihak polis menyatakan kumpulan yang terdiri daripada 35 sami dan lima pengikut awam itu sedang berjalan di bahu jalan bagi menyertai satu upacara keagamaan ketika insiden berlaku.

“Suspek merupakan seorang kanak-kanak. Kenderaan itu telah dibawa untuk pemeriksaan forensik bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Kami telah meminta ibu bapa kanak-kanak itu hadir bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menjaga mangsa, sekali gus membolehkan proses undang-undang diteruskan,” kata Komander Polis Wilayah Mukdahan, Mejar Jeneral Polis Pairoj Thaiphutsa kepada pemberita.

Ambil trak pikap tanpa kebenaran

Polis memaklumkan kanak-kanak itu dipercayai mengambil trak pikap milik ibu bapanya tanpa kebenaran sebelum hilang kawalan lalu merempuh kumpulan sami berkenaan.

Lima mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian sama, lebih 10 mangsa lain dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Mukdahan.

Ketua Polis Bandar Mukdahan, Prayut Ruanthongkam mengesahkan pemandu kenderaan terbabit ialah seorang budak lelaki berusia 11 tahun.

Sementara itu, Gabenor Wilayah Mukdahan, Worayan Bunnarat menyifatkan insiden berkenaan sebagai satu peringatan penting mengenai aspek keselamatan jalan raya.

“Kami sangat tegas mengenai keselamatan jalan raya sejak kebelakangan ini. Kes ini sepatutnya menjadi pengajaran bukan sahaja buat wilayah kami, malah untuk masyarakat awam bagi mencegah kemalangan jalan raya.
“Saya berpendapat semua pihak terlibat, khususnya ibu bapa, perlu membantu kerana tiada sesiapa yang mahu perkara sebegini berlaku,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd