Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Termasuk Etnik Rohingya, Lebih 60,600 Kelahiran Warga Asing Direkodkan Sejak Tahun 2000

Jabatan Pendaftaran Negara (Jabatan Pendaftaran Negara) merekodkan sebanyak 60,698 kelahiran melibatkan warga asing Myanmar di negara ini termasuk dalam kalangan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, statistik tersebut merangkumi tempoh dari tahun 2000 hingga 19 Jun lalu dan melibatkan tiga kategori utama iaitu warga Myanmar, Burma serta pemegang kad UNHCR.

Menurutnya, walaupun terdapat kategori pemegang kad UNHCR, ia tidak hanya melibatkan etnik Rohingya semata-mata, sebaliknya turut merangkumi pelbagai kumpulan lain, namun majoritinya adalah etnik berkenaan.

“Jadi ini tiga kategori yang direkodkan. Bagi kategori pemegang kad UNHCR bukan semuanya merupakan etnik Rohingya, ada juga golongan-golongan lain. Namun, sebahagian besarnya adalah etnik Rohingya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Santuni MADANI JPN di Kampung Padang Tanjung, di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Badrul Hisham menegaskan kelahiran di Malaysia tidak secara automatik memberikan hak kewarganegaraan kepada seseorang, sebaliknya tertakluk kepada status dan kedudukan ibu bapa mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Tambahnya, terdapat juga kes kelahiran yang tidak didaftarkan dalam kalangan warga asing disebabkan pelbagai faktor termasuk kebimbangan ibu bapa terhadap tindakan undang-undang kerana tinggal melebihi tempoh atau tidak memiliki dokumen sah.

Selain itu, beliau tidak menafikan isu pendaftaran lewat turut berlaku dalam kalangan rakyat tempatan atas faktor seperti masalah keluarga dan status perkahwinan.

Program Santuni MADANI JPN di Kampung Padang Tanjung itu pula bertujuan mengeratkan hubungan agensi berkenaan dengan lebih 800 penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti termasuk Jualan Rahmah MADANI, pertandingan sukan dan perkhidmatan pendaftaran dokumen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, inisiatif turun padang melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) terus diperkasa bagi memastikan setiap individu yang layak memiliki dokumen pengenalan diri secara sah.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd