Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selepas 14 Tahun Bercinta! Sooyoung SNSD & Jung Kyung Ho Berpisah, Pilih Bawa Haluan Masing-Masing

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama.

Menurut laporan media tempatan pada Isnin, pasangan itu dikatakan semakin renggang berikutan jadual kerja yang semakin padat sebelum akhirnya membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Mengulas laporan tersebut, agensi Sooyoung, SARAM Entertainment, mengesahkan perpisahan berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi.

“Memang benar mereka telah berpisah. Mereka memutuskan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik,” katanya.

Sementara itu, agensi Jung Kyung Ho, Management Allum turut mengesahkan perkara sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang benar mereka telah berpisah. Memandangkan ia adalah perkara peribadi, sukar untuk kami memberikan butiran lanjut,” menurut kenyataan itu.

Jung Kyung Ho dan Sooyoung sebelum ini dikenali sebagai antara pasangan selebriti paling lama bertahan dalam industri hiburan Korea Selatan.

Artikel lain: Spekulasi Lee Jong Suk Dan IU Berpisah? “Mereka Masih Bersama” – Sumber

Mereka mula menjalinkan hubungan pada tahun 2012 sebelum mengakui percintaan tersebut secara terbuka pada Januari 2014 selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Perpisahan pasangan yang sering menjadi perhatian peminat itu sekali gus menamatkan kisah cinta yang telah terjalin selama lebih sedekad.

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan wanita, Farhana Zahra memaklumkan dia telah hadir memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) berhubung video tular memaparkan majlis sambutan...

Lokal

Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan yang...

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd