Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tapir Tular Muncul Di Jalan Berakhir Tragis, Daging Dipercayai Dimasak Tumis Pedas

Seekor tapir yang sebelum ini tular selepas muncul di jalan utama di Kabupaten Mesuji, Lampung, Indonesia ditemukan mati dalam satu kejadian tragis apabila dipercayai disembelih oleh sekumpulan penduduk sebelum dagingnya dimasak secara tumis pedas.

Menerusi laporan berita dari media tempatan, insiden itu mencetuskan perhatian ramai selepas beberapa video mula tersebar di media sosial yang memaparkan haiwan dilindungi berkenaan telah dipotong di kawasan terbuka selepas disembelih.

Sebelum kejadian, tapir itu dilaporkan berkeliaran di sekitar kawasan Mesuji sehingga menarik perhatian pengguna jalan raya dan menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan, selepas disembelih, sebahagian daging haiwan berkenaan dipercayai dimasak menggunakan kaedah tumis pedas sebelum diagihkan kepada beberapa individu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian itu, Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Lampung memaklumkan pihaknya telah bekerjasama dengan polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian serta mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan haiwan tersebut.

Pihak berkuasa turut mengingatkan bahawa tapir atau tenuk merupakan spesies yang dilindungi di bawah undang-undang Indonesia.

Sehubungan itu, sebarang perbuatan memburu, membunuh atau memiliki haiwan berkenaan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes kini masih dalam siasatan bagi mengenal pasti semua individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

Sumber: Kompas.com

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd