Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Badan Penat Bukan Penghalang! Azeem Fahmi Kekal Status Raja Pecut Malaysia

Pelari utama negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus membuktikan statusnya sebagai raja pecut negara apabila menjuarai acara 100 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), sebentar tadi.

Azeem yang baru pulang dari Amerika Syarikat mencatat masa 10.21 saat untuk muncul juara, sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Singapura, Muhammad Airiel Iskandar Rusli yang merekodkan 10.34s, manakala tempat ketiga menjadi milik Mohammad Armin Zahryl Abdul Latif dengan catatan 10.43s.

Bagaimanapun, pelari berusia 22 tahun itu mengakui dia tidak meletakkan sasaran masa tertentu dalam perlumbaan tersebut kerana masih dalam fasa pemulihan selepas mengharungi jadual padat kejohanan NCAA di Amerika Syarikat.

“Sejujurnya saya tidak menyasarkan apa-apa catatan masa yang pantas hari ini kerana badan saya masih lagi penat. Saya baru habis NCAA, kurang lima hari lalu dan baru tiba di Malaysia pada Selasa,” katanya kepada pemberita.

Menurut Azeem, keadaan fizikalnya masih belum berada pada tahap terbaik ekoran perjalanan jauh serta tempoh pemulihan yang singkat sebelum kembali beraksi di pentas tempatan.

Artikel lain: Pelari Pecut Azeem Fahmi Menyinar Di Texas, Pecah Rekod 60 Meter Kebangsaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, beliau tetap meluahkan rasa syukur dengan sokongan padu penyokong yang hadir di stadium, yang disifatkan sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik.

“Saya sangat bersyukur dapat berlari di hadapan penyokong sendiri. Ramai yang hadir memberi sokongan dan saya amat menghargai setiap seorang daripada mereka yang datang menyokong bukan sahaja saya, tetapi semua atlet yang bertanding hari ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azeem turut menegaskan catatan 10.21s itu tidak dijangka memandangkan fokus utamanya hanyalah untuk menamatkan larian dengan baik mengikut perancangan latihan.

Selepas ini, Azeem dijadualkan memberi tumpuan kepada Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun Asia di China pada awal Julai, sebelum meneruskan persiapan bagi menghadapi Sukan Asia.

Sumber: Astro, Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd