Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hakim Danish Ada Dua Pakej! Miliki Kelebihan Gegar Litar Basah Dan Kering – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing dengan baik dalam keadaan litar kering mahupun basah.

Bekas pelumba MotoGP itu berkata kelebihan tersebut menjadikan Hakim Danish seorang pelumba yang lengkap, selain turut dibantu oleh pasukan berpengalaman AEON Credit-MT Helmets-MSI yang pernah melahirkan juara dunia.

“Hakim Danish di litar basah pun sangat bagus. Jadi, beliau ada dua pakej, hujan boleh bawa, kering pun boleh bawa. Itu kelebihan yang kita ada sekarang.
“Berbanding sebelum ini, sesetengah pelumba ada yang cuma minat litar basah atau kering sahaja,” katanya pada majlis RCB dan UMA Racing Memperkenalkan Barisan Atlet dan Duta 2026, hari ini.

Hafizh berkata beliau turut melihat peningkatan ketara yang dipamerkan pelumba berusia 18 tahun itu sepanjang musim ini, terutama selepas berjaya menyesuaikan diri dengan saingan di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, pencapaian meraih podium pada musim pertama dalam kategori Moto3 merupakan satu kejayaan yang membanggakan memandangkan saingan yang dihadapi amat sengit dan kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya bangga dengan Hakim Danish. Dalam dua pusi
ngan terakhir, beliau nampak sangat yakin dan menunjukkan peningkatan berbanding pada awal musim.
“Mungkin pada permulaan musim beliau agak gementar tetapi sekarang beliau tidak kelihatan seperti pelumba baharu lagi,” katanya.

Beliau berkata Hakim Danish kini hanya perlu mengekalkan konsistensi serta terus bekerja keras bagi memastikan momentum positif yang dimiliki dapat diteruskan pada perlumbaan akan datang.

Hafizh turut yakin pelumba kelahiran Terengganu itu mampu mencatat keputusan lebih baik pada pusingan seterusnya di Catalunya berdasarkan prestasi memberangsangkan yang dipamerkan pada Grand Prix Itali di Mugello baru-baru ini.

Baru-baru ini, Hakim Danish mencipta sensasi apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix Itali di Mugello di tempat ketiga.

Pelumba muda negara itu yang memulakan perlumbaan dari petak utama berjaya berada dalam kelompok hadapan sepanjang lima pusingan pertama sebelum berdepan cabaran di laluan lurus terpanjang litar berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, majlis RCB dan UMA Racing Memperkenalkan Barisan Atlet dan Duta 2026 turut menyaksikan beberapa pelumba negara terus menerima sokongan daripada kedua-dua jenama tersebut bagi menghadapi musim baharu.

Antara yang diumumkan ialah Hafizh Syahrin selaku juara bertahan ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), Hakim Danish, Kasma Daniel Kasmayudin, Nazirul Izzat Muhamad Bahauddin dan Qabil Irfan Azlan.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Sosial

YouTuber dan pengkritik bola sepak tempatan, Azizurrahman Zakaria menegaskan dia tidak mempunyai sebarang permusuhan dengan mana-mana pihak selepas menjadi mangsa serangan dua lelaki yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd