Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

NGO Desak JHEAINS Siasat, Dakwa Khatib Sebut Nama ‘Yamtuan Palsu’ Dalam Khutbah Jumaat

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang khatib menyebut nama individu yang tidak diiktiraf sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika bacaan doa dalam khutbah Jumaat.

Telah kemuka aduan rasmi secara bertulis

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Pengerusi Sekretariat Taat Setia Sokongan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin menyatakan pihaknya telah mengemukakan aduan rasmi secara bertulis kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Rabu berhubung perkara itu.

Menurut beliau, aduan tersebut turut membabitkan aktiviti jelajah atau road tour yang dianjurkan pihak tertentu termasuk penganjuran solat Jumaat di beberapa lokasi.

“Tindakan menyebut nama individu palsu yang tidak diiktiraf sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dalam bacaan doa telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam mengenai institusi raja yang sah.
“Ia juga merupakan satu bentuk penderhakaan kerana secara jelas mencabar kedaulatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang bersemayam ketika ini,” katanya.

Mohon JHEAINS siasat secara terperinci

Megat D. Shahriman menyatakan, tindakan berkenaan juga didakwa bertentangan dengan semangat undang-undang yang bertujuan memelihara keharmonian melibatkan Raja, Agama dan Kaum (3R).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, sekretariat berkenaan menggesa JHEAINS menjalankan siasatan terperinci serta mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tiada lagi unsur memperlekeh, menghina atau mengelirukan umat Islam berhubung institusi raja dalam mana-mana urusan keagamaan.

Pada masa sama, pihaknya turut mendesak polis membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

“Tindakan hari ini adalah bukti bahawa kami tidak hanya bercakap, tetapi bertindak,” katanya.

Sekretariat itu turut menegaskan pendirian untuk terus memberikan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta mempertahankan Perlembagaan dan Adat Istiadat Negeri Sembilan.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd