Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Lelaki Kencing Di Eskalator MRT, Rapid KL Bagi ‘Warning’

Pengendali pengangkutan awam, Rapid KL menggesa semua pengguna bersama-sama menjaga kebersihan stesen dan tren selain segera melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di premis pengangkutan awam.

Gesaan itu dibuat susulan tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil ketika menuruni eskalator di sebuah stesen MRT yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Rapid KL menegaskan kebersihan stesen dan tren merupakan tanggungjawab bersama semua pengguna.

“Kebersihan stesen-stesen dan tren Rapid KL adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan tiru aksi ini,” menurut kenyataan itu hari ini.

Rapid KL turut meminta orang ramai supaya tidak berdiam diri sekiranya menyaksikan sebarang perbuatan yang melanggar peraturan atau mencurigakan di kawasan stesen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika ternampak aktiviti yang salah dan mencurigakan seperti kencing di tempat yang tidak sepatutnya, makan dan minum dalam tren atau berkelakuan sumbang, laporkan segera kepada petugas stesen, Polis Bantuan atau hubungi talian bantuan kami,” ujarnya.

Menurut Rapid KL, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam kekal bersih, selamat dan selesa untuk digunakan oleh setiap penumpang.

“Kerjasama anda amat diharapkan dalam memastikan kemudahan dapat digunakan dengan selesa oleh semua penumpang,” tambahnya.

Sumber: Facebook Rapid KL, Threads its.danishafiq

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd