Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Gagal Selamatkan Diri, Ditemui Rentung Dalam Kebakaran

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini.

Ditemui rentung dalam kebakaran

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Baha Sudirman, 49, ditemui rentung di salah sebuah bilik dalam kediaman yang didiaminya bersama ahli keluarga.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.40 pagi.

Menurutnya, operasi menyelamat berdepan cabaran apabila lokasi kebakaran yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai bomba tidak mempunyai laluan akses.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pasukan bomba yang terdiri daripada enam anggota terpaksa menjalankan operasi memadam api menggunakan pam angkut dengan sumber air daripada kolam.
“Mangsa yang ditemui rentung kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Artikel lain: Kanak-Kanak Rentung, Lori Dipandu Bapa Terbakar Di Pasir Gudang

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari.

Sumber: Harian Metro (Poliana Ronnie Sidom)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd