Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Op Sky: 4,000 Dokumen Dirampas, 16 Lagi Individu Akan Ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas sebanyak 4,000 dokumen dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Op Sky untuk membantu dalam siasatan berkaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram, yang melibatkan RM700 juta pinjaman yang diluluskan kepada penjawat awam.

Kes ini turut membabitkan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Menurut laporan yang disiarkan oleh New Straits Times, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa pihaknya dijangka akan menahan 16 lagi individu, termasuk pegawai bank dan wakil syarikat perunding kewangan, yang akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Tindakan penahanan ini berkemungkinan akan dilakukan bagi memudahkan proses penyiasatan selanjutnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Op Sky: 4,000 dokumen dirampas, 16 lagi individu akan ditahan

Op Sky

Foto: Berita Harian

Menurutnya, setakat hari ini, sebanyak 4,000 dokumen sudah dirampas bagi membantu siasatan.

“Pegawai bank yang ditahan terdiri dari pelbagai jawatan dan sudah bekerja antara lima hingga 20 tahun.
“Pegawai yang menguruskan pinjaman akan menerima 0.5 peratus sehingga satu peratus daripada nilai pinjaman dan ada sesetengah kes pegawai bank akan menerima RM5,000 bagi satu kes pinjaman,” katanya.

Tambah Azam, SPRM setakat ini sedang menyenaraikan peminjam-peminjam dan mereka akan dipanggil untuk memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Memetik laporan Berita Harian pula, melaporkan SPRM mendapati sejumlah RM700 juta pinjaman sudah diluluskan kepada 4,000 penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram dalam kalangan pegawai bank dan organisasi perunding kewangan.

Op Sky

Foto: NST

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Azam juga, pinjaman yang diluluskan itu daripada pelbagai bank sejak syarikat berkenaan beroperasi tahun 2020.

Bukan itu sahaja, sindiket berkenaan dipercayai menawarkan khidmat bantuan perunding kewangan kepada kakitangan awam melalui platform media sosial dan jelajah ke jabatan serta kementerian.

Isnin lalu, SPRM menumpaskan sindiket kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dan institusi kewangan susulan penahanan 12 individu di sekitar Lembah Klang.

Op Sky

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Penipuan Tanah Rizab Melayu: MB Perak Sedia Bantu Siasatan SPRM

Kesemua suspek termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan Op Sky di 24 lokasi termasuk rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.

Mereka yang ditahan termasuk dua pengarah syarikat perunding kewangan, masing-masing seorang pengarah yayasan, pengurus dan bekas pengurus jualan institusi perbankan.

Sumber: New Straits Times, Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Nasional

Mulai esok, seramai 4.37 juta pekerja di negara ini akan menikmati kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, berbanding RM1,500 sebelum ini. Memetik laporan Harian Metro,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd