Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Tangguh Urus Jenazah: Waris Buat Laporan Polis, Dakwa Kenyataan JAIS Tak Tepat

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

Ada kekeliruan atas kenyataan sebelum ini

Menerusi Facebook Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official,  waris telah membuat laporan polis itu kerana mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan Pengarah JAIS mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat terhadap dirinya serta keluarga.

Waris turut mendakwa dia tidak pernah berurusan dengan pihak Masjid Nurul Hidayah kerana ketika kejadian berlaku, dia berada bersama jenazah cucunya.

Katanya, laporan polis tersebut dibuat bagi menjelaskan keadaan sebenar yang dilalui keluarga sepanjang proses menguruskan pengebumian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Waris nafi semua dakwaan JAIS

Dalam laporan sama, waris turut menafikan semua dakwaan yang dikaitkan dengannya menerusi rakaman audio, penjelasan siak kepada sebuah media serta kenyataan rasmi JAIS.

Sementara itu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official menerusi Facebook memaklumkan waris kepada si mati akan mengadakan sidang media pada petang ini bagi menjelaskan kronologi sebenar kejadian.

Semalam, JAIS menafikan dakwaan bahawa kelewatan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang berpunca daripada pihak masjid seperti yang tular di media sosial.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad turut menafikan dakwaan bahawa pihak masjid meminta bayaran RM1,400 bagi menguruskan jenazah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaliknya, beliau menjelaskan insiden itu berlaku akibat kekeliruan waris yang menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian kepada Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) yang tidak mempunyai hubungan dengan pihak masjid.

Sumber: Facebook Mr Wan Cai Official 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd