Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Simbah dengan air panas, ibu geram anak habiskan data internet

Seorang ibu didakwa kerana telah simbah anak kandungnya yang berusia 13 tahun dengan air panas. Ia berikutan tertuduh yang berusia 37 tahun berang apabila mangsa menghabiskan data internet telefon bimbit miliknya pada tahun lalu.

Ibu simbah anak dengan air panas

Memetik laporan Kosmo! Online, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anak lelakinya dengan cara menyimbah air panas ke arah mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

“Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.56 pagi di sebuah rumah di Sungai Udang pada 27 Jun 2022.
“Tertuduh bertindak demikian selepas berang mangsa yang merupakan anak kedua daripada empat beradik telah menghabiskan data internet di telefon bimbitnya,”menurut laporan.

ibu simbah anak dengan air panas

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun sekiranya sabit kesalahan. Malah dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ibu sering pukul anak

Malah, tertuduh juga sebelum ini didakwa kerana sering memukul anaknya. Bagaimanapun perkara itu tidak dilaporkan dan hanya terbongkar selepas rakan remaja itu menyedari kotoran seperti luka ada pada baju sekolah dipakai mangsa.

Disebabkan itu, rakan mangsa terus memaklumkan kejadian berkenaan kepada ibunya selepas mereka membuat laporan polis.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon agar jaminan tidak dibenarkan dengan mengambil kira faktor tertuduh dan mangsa tinggal di rumah yang sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan bagi jaminan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudiannya bersetuju dengan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 26 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Sumber: Kosmo! Online (Diyanatul Atiqah Zakarya) , MalaysiaGazette 

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd