Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Kelantan Luah Bimbang, Kes Bunuh Meningkat 100 Peratus

Kerajaan Negeri Kelantan meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes bunuh yang dilaporkan meningkat lebih 100 peratus seperti dimaklumkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat.

Kerajaan negeri pandang serius

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan menyatakan kerajaan negeri memandang serius perkembangan itu walaupun kadar jenayah indeks di Kelantan masih rendah berbanding negeri lain.

Perkembangan yang menyedihkan

Beliau menyifatkan peningkatan daripada satu kes pada tahun lalu kepada lima kes pada tahun ini sebagai satu perkembangan yang amat menyedihkan kerana melibatkan jenayah serius.

“Kita rasa ia adalah satu perkembangan yang amat menyedihkan kerana kes bunuh masih merupakan jenayah serius walaupun statistik di Kelantan jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.
“Peningkatan daripada hanya satu kes pada tahun lepas kepada lima kes bunuh dalam tempoh sama pada tahun ini, bagi kita amat menyedihkan,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim.

Dalam masa sama, kerajaan negeri turut menegaskan komitmen untuk terus memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang kejadian jenayah tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan, kes bunuh di Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus membimbangkan pihak berkuasa.

Sumber: Utusan Malaysia (Mustaqim Mohamed)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd