Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Pertahanan, Duta Kuwait Bincang Peroleh Jet Pejuang F/A-18 Legacy Hornet Milik KAF

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Kuwait ke Malaysia, Rashed Mohammed Rashed AlSaleh hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kunjungan itu membincangkan mengenai “Military-to-Military Cooperation”, kerjasama industri pertahanan dan konflik di Gaza.

“Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung hasrat negara untuk memperoleh jet-jet pejuang F/A-18 Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF) setelah KAF menerima Super Hornet baharunya.
“Malaysia berbesar hati melihat kemajuan positif dalam hubungan bilateral dan pertahanan antara Malaysia dan Kuwait,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Sebelum ini, media melaporkan perolehan pesawat tersebut bergantung kepada laporan penilaian daripada pasukan teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, keputusan sekiranya ingin memperoleh pesawat itu mengambil kira pelbagai faktor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, kumpulan teknikal terbabit telah kembali dari Kuwait dan pihaknya sedang menunggu laporan teknikal daripada pasukan TUDM.

Ini selaras dengan salah satu daripada lima fokus utama Kementerian Pertahanan yang diumumkan Mohamed Khaled dalam Perutusan Tahun Baharu pada Januari lalu, iaitu memastikan kesediaan sistem pertahanan negara terutamanya aspek kelengkapan aset ketenteraan.

Sementara itu, Mohamed Khaled juga memaklumkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua buah negara akan terus diperkukuh melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani kelak.

“Malaysia berharap agar hubungan pertahanan antara Malaysia dan Kuwait dapat terus dipertingkatkan, seterusnya memberikan manfaat kepada kedua-duanya,” ujarnya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF Tuan Mohd Yani Daud.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Susulan tular berita jenazah suami kepada pelakon Indonesia, Jennifer Coppen iaitu Yitta Dali Wassink dibakar walaupun sudah memeluk Islam, netizen mula mempersoalkan tindakan keluarga...

Lokal

Tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat Asisten Superintenden (ASP) didakwa menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian terhadap seorang lelaki ketika cuba untuk menahan mangsa di...

Nasional

Malaysia menyatakan hasrat bagi membawa rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kecemasan akibat serangan tentera Israel untuk dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di negara...

Nasional

Anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UiTM Energy & Facilities Sdn. Bhd....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd