Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Khairy Jamaluddin Selar Ahli Parlimen Kerajaan Gantung Wan Fayhsal

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ahli Parlimen Kerajaan selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada parlimen selama enam bulan bermula semalam.

Menurut satu laporan Malaysiakini, Khairy mendakwa kritikan lantang yang dibuat Wan Ahmad Fayhsal terhadap penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat berkaitan Blackrock mengundang tindak balas kerajaan.

Foto: Malaysiakini

“Pengecut. Anda ejek dia ‘jargon’, tidak tahu apa-apa. Akhirnya anda yang menyalah gunakan kuasa legislatif anda untuk menghalaunya selama enam bulan.
“Jelas sekali, dia (Wan Ahmad Fayhsal) menggerunkan anda. Macai BlackRock. Semoga duit Zionis berbaloi,” katanya.1

Semalam, Wan Ahmad Fayhsal berdepan hukuman itu selepas Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengusulkan perkara tersebut kerana beliau bertindak berbahas dan berhujah menggunakan surat layang terkait dakwaan ke atas penjawat awam dengan maklumat yang tidak disahkan pada 1 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo!

Susulan surat layang itu, Menteri di JPM, Azalina Othman Said kemudian bertindak membawa usul supaya menggantung Wan Ahmad Fayhsal daripada sidang parlimen.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul mengumumkan penggantungan tersebut selepas seramai 110 memberikan sokongan, manakala 63 menentang, tiga ahli parlimen berkecuali dan 46 yang lain dilaporkan tidak hadir.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd