Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pernah Disabit Kesalahan Perkosa, Kehadiran Van de velde Di Olimpik 2024 Buat Atlet Wanita Kurang Senang

Keputusan Belanda untuk membenarkan atlet bola tampar pantai, Steven van de Velde untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2024 mencetuskan kemarahan pelbagai pihak disamping buat atlet wanita kurang senang.

Memetik laporan Astro Awani, atlet berusia 29 tahun itu pernah disabitkan kesalahan merogol seorang gadis bawah umur pada tahun 2016 dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun.

Kehadiran Van de velde buat atlet wanita kurang senang

 Van de velde buat atlet wanita kurang senang

Van de Velde kemudian menyertai skuad bola tampar pada 2017 selepas hanya menjalani sebahagian daripada hukumannya di Britian dan kemudian dipindahkan ke Belanda untuk akhirnya dibebaskan.

Walaupun pernah disabitkan sebelum ini, pihak Belanda tetap membenarkan atlet itu untuk beraksi di Olimpik pada Ahad ini bersama atlet lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pakaian Atlet Negara Untuk Perasmian Olimpik Cantik, Tapi Lebih Kepada Aura Raya – Wan Fayhsal

Bagaimanapun, difahamkan Van de Velde difahamkan dia tidak dibenarkan menginap di perkampungan atlet untuk ‘mewujudkan ketenangan’ antara semua atlet.

Dalam pada itu, pegawai rasmi turut memaklumkan mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat untuk mengasingkannya daripada rakan sepasukan sepanjang temasya berlangsung disamping dilarang bercakap dengan media.

 Van de velde buat atlet wanita kurang senang

Sementara itu, pemilihan Van de Velde dalam skuad bola tampar telah menerima kritikan melampau daripada kumpulan keselamatan wanita dan sukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih merisaukan para atlet apabila perlawanan pertama Van de Velde bakal dijalankan serentak dan diadakan di tempat yang sama dengan acara wanita.

Van de Velde bakal beraksi bersama pasangan beregunya, Matthew Immers pada hari kedua perlawanan, Ahad ini bertemu pasangan daripada Itali, Adrian Ignacio dan Alex Ranghieri.

Sumber: Stadium Astro (Fatin Ruzaiman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang dilaporkan dikawal ketat oleh polis...

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Sosial

Seorang lelaki yang dipercayai guru tampil memohon maaf melalui laman Facebook miliknya selepas menerima kritikan hebat susulan satu kenyataan yang dimuat naik berkaitan pelajar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd