Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Tiada Masalah Salam Tangan Makan Babi, Asal Bukan Lain Jantina” – PAS

Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Ahmad Fadhli Shaari membidas kenyataan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu yang mendakwa PAS sebagai hipokrit.

Menerusi laporan Malaysiakini, Ahmad Fadhli berkata, tiada hukum yang tidak memperbolehkan umat Islam bersalaman dengan tangan orang yang memakan daging babi.

Foto: Malaysiakini

“Bersalamlah asalkan bukan berlainan jantina yang bukan mahram.
“Tangan makan rasuah, tangan langgar janji dengan rakyat, tangan tipu rakyat lebih hina dari tangan makan babi,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri berkenaan sebagai satu “kenyataan melalut” dan tiada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai isu sumbangan dana daripada sebuah syarikat arak untuk sebuah sekolah Cina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Malaysiakini

“Ini dah melalut sampai isu tangan makan babi. Orang persoalkan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menteri pun dah keluarkan kenyataan tiada pengecualian. Apa pula kaitan dengan tangan makan babi ni?,” ujarnya.

Ahmad Fadhli turut menasihatkan Aiman supaya tidak perlu melatah dengan kontroversi tersebut, memadai tampil semula dengan hanya mengemukakan permohonan maaf.

“Saya rasa yang paling baik ialah timbalan menteri nyatakan bahawa ‘saya minta maaf, saya tak perasan ada promosi dari syarikat arak Tiger dalam majlis itu’, selesai,” jelasnya.

Foto: Media Sosial

Sebelum ini, Aiman menyifatkan PAS sebagai hipokrit selepas bertindak mengkritiknya bersama exco kerajaan tempatan Selangor, Ng Suee Lim yang menyertai sekali gus merasmikan acara kutipan dana anjuran Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tche Min di Sungai Pelek, Sepang, menerima sumbangan daripada syarikat arak, Tiger Beer sebagai salah satu penajanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd