Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Rusuhan Bangladesh: Pelajar Malaysia Dakwa Sukar Dapat Bekalan Makanan, Talian Komunikasi Terhad

Seorang pelajar Malaysia yang merupakan penuntut di Mymensingh Medical College Bangladesh mendakwa kebanyakan pelajar di Bangladesh terjejas dan kini berada di tahap kritikal untuk kelangsungan hidup akibat rusuhan ganas melanda negara berkenaan.

Menurut satu laporan Astro Awani, Ahmad Wafiq Aqil Kamarul berkata, kebanyakan mereka menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan, talian komunikasi terhad selain risiko keselamatan susulan keadaan kucar-kacir di Bangladesh.

Foto: Astro Awani

“Bekalan asas dan kewangan sangat terhad. Mereka mungkin tidak boleh bertahan lama jika lebih banyak masa diambil sebelum bertindak (evakuasi).
“Setakat maklumat terkini yang saya dapat, kita ada lebih kurang 56 pelajar. Kami masih menunggu keputusan daripada Wisma Putra dan kedutaan mengenai proses seterusnya yang akan dilakukan. Kita sangat harapkan ia disegerakan,” katanya pada Ahad.

Beliau yang telah selamat tiba di tanah air pada Khamis lalu turut berkongsi detik cemas seorang pelajar perempuan Malaysia, terkandas dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang dan hampir menjadi mangsa rusuhan, manakala terdapat tiga lagi pelajar masih terkandas di Kedutaan Malaysia, Dhaka untuk menunggu status penerbangan pulang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Saya dapat maklumat daripada beliau, semasa hubungan internet masih ada, bahawa ada pertembungan dan insiden bakar tayar oleh orang awam. Dia dan penumpang lain melarikan diri untuk dapatkan perlindungan.
“Syukur mereka selamat sampai ke kediaman. Saya diberitahu emosinya agak terganggu berikutan kejadian tersebut,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Untuk makluman, rusuhan tersebut berpunca daripada bantahan rakyat terhadap sistem kuota penjawatan perkhidmatan awam Bangladesh, yang memberi kelebihan kepada keturunan pejuang kemerdekaan sehingga memacu satu demonstrasi yang dilakukan di Dhaka University.

Kerajaan Bangladesh bertindak memotong sebahagian besar sambungan Internet, telefon dan SMS menyebabkan angka korban dalam rusuhan terbabit belum dapat disahkan secara rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Irfan Faruqi)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd