Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Enam Pelancong Dilapor Maut Dalam Bilik Hotel, Dipercayai Akibat Diracun

Enam orang pelancong, tiga lelaki dan tiga perempuan ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat keracunan di sebuah bilik hotel terkemuka di kawasan Ratchaprasong, Bangkok semalam.

Menurut satu laporan CNN, pesuruhjaya Polis Metropolitan Bangkok Thiti Saengsawang berkata, kesemua mayat tersebut ditemui oleh kakitangan hotel di sebuah bilik di tingkat lima Hotel Grand Hyatt, selepas tetamu terlepas masa daftar keluar lebih 24 jam.

Foto: The Sun

“Kejadian itu nampaknya bukan rompakan, dan tiada satu pun mayat menunjukkan tanda-tanda mengalami keganasan fizikal.
“Mereka tidak mencederakan diri mereka sendiri,” katanya.

Thiti berkata, pihaknya sangat percaya kesemua mangsa diracun kerana terdapat cawan dengan kesan serbuk putih terletak di dalam bilik itu bersama makanan yang telah dipesan mereka sebelum ini, namun masih belum disentuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: The Sun

“Seorang anggota parti itu cuba mencapai pintu tetapi terjatuh sebelum dapat berbuat demikian,” jelasnya lagi.

Beliau menjelaskan, pihaknya kini sedang mencari suspek, yang merupakan orang ketujuh dalam tempahan hotel berkenaan selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta menemu bual saksi untuk menentukan punca kematian.

Foto: CNN

Untuk makluman, siasatan awal mendapati mangsa adalah dua warga Amerika Syarikat berketurunan Vietnam dan empat lagi adalah warga Vietnam telah meninggal dunia dalam tempoh kurang daripada 24 jam serta ditemukan kira-kira jam 4.30 petang, pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN (

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pasukan Dart Kebangsaan Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kemenangan sulung dalam penampilan mereka di pentas Piala Dunia Dart 2025. Malaysia membuka kempen dengan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Lokal

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut selepas ditembak sekumpulan suspek bersenjata dalam satu kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di...

Lokal

Seorang lelaki berusia 60 tahun direman selama empat hari bermula 16 Jun sehingga 19 Jun bagi membantu siasatan kes penipuan pakej haji yang didakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd