Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hargai Sumbangan Media Tempatan, BSN Anjur Acara Boling Disertai 14 Agensi

Sebanyak 16 pasukan daripada 14 agensi media tempatan menyertai acara boling anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) sempena BSN Media Meet 2024 – Bowl & Bond yang berlangsung di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid pada Ahad.

Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellisa Muzammil berkata, sempena ulang tahun ke-50 BSN, pihaknya mengambil peluang bagi menganjurkan acara itu sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media dalam menyampaikan maklumat berkenaan BSN.

BSN anjur acara boling

BSN anjur acara boling

“Aktiviti bersama media ini bertujuan merapatkan silaturahim dan menghargai sumbangan media dalam membantu menyalurkan maklumat berkaitan BSN.
“Aktiviti bersama media ini juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 BSN. Terima kasih pada semua yang meluangkan masa bersama kami,” katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara tersebut.

BSN anjur acara boling

Sementara itu, menerusi acara terbabit, pasukan TV9 muncul juara dengan catatan markah keseluruhan 1239, diikuti dengan pasukan BERNAMA (1103) dan MESHAHMOR (1097) di tempat ketiga.

Artikel lain: KPKT Iktiraf Peranan Media, Anjur Anugerah AkeMedia 2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

13 pasukan lain adalah RTM; JAKIM 1 + 3; TV3; HM; JAKIM SUPERMAN; ALHIJRAH; MG; BH DRAGON; NST; SELANGOR AVENGERS; MEDIA SUPER FRIEND; BSN & FRIEND dan KLBROADCAST.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd