Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bapa Tahan Tangis Terima Berita Anak Lemas Ketika Mandi Air Terjun

Bapa kepada salah seorang mangsa yang lemas Air Terjun Jami, Maros, Sulawesi Selatan pada Jumaat tahan tangis selepas menerima berita anak perempuannya lemas.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Chaerunnisaputri telah memuat naik video memaparkan bapa kepada mangsa Salsabila Azzahra Alisa Anggreani yang baru pulang ke rumah.

Bapa tahan tangis terima berita anak lemas

@chaerunnisasaputri

kalo bisa akses air terjun tompobulu maros d tutup!!! terlalu banyak menelan korban #zyxcba #zy #zbcxya #airterjunjami #airterjun #fyp #reminder

♬ Gala bunga matahari – Sal Priadi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa kepada Salsabila Azzahra yang kelihatan masih memakai pakaian bekerja berjalan dengan lemah dan dipapah oleh seorang lelaki sambil memanggil-manggil nama anaknya.

Lebih memilukan, sebaik masuk ke dalam rumah, kedengaran suara-suara orang ramai yang turut menangis dan meratapi pemergian anak gadis tersebut.

Bapa kepada Salsabilla kemudian terduduk di atas lantai sebaik sahaja jenazah anak perempuannya itu dibawa masuk ke dalam rumah.

Bapa Tahan Tangis Anak Lemas

Terdahulu, tular video memaparkan detik-detik dua remaja, Salsabila Azzahra dan Tazkiyah Wulandri lepas ketika sedang bermandi-manda bersama rakan-rakannya di sebuah air terjun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada video itu, kelihatan Salsabila Azzahra bersama enam lagi rakan yang lain sedang berpegangan tangan lalu ketika berada di dalam air.

Ketujuh-tujuh remaja itu kemudian mengira sehingga tiga untuk mengapungkan diri mereka namun pegangan tangan Salsabila Azzahra terlepas.

Artikel lain: Raih Perhatian Netizen, Agensi Pemuliharaan Sedang Kesan Orang Utan ‘Gergasi’

Sebaik sahaja terlepas, Salsabila Azzahra yang memakai tudung hitam di dalam video berkenaan tenggelam ke dalam air dan tidak timbul.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu yang mengambil rakaman itu berkata secara berseloroh semua tenggalam namun menyedari salah seorang daripada mereka tidak timbul.

Bapa Tahan Tangis Anak Lemas

Sebaik sahaja menyedari salah seorang daripada mereka hilang, individu yang menangkap kejadian tersebut menghentikan rakaman.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian ditemui pada pagi Sabtu yang mana pihak polis menemui jenazah Salsabila Azzahra  terlebih dahulu kemudian Tazkiyah.

Bapa Tahan Tangis Anak Lemas

Kedua-dua mangsa ditemui pada kedalaman sekitar 5 meter dan dipercayai kejadian tersebut berlaku disebabkan kaki mangsa tersepit di celah batu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Maros dan dilaporkan ahli keluarga mangsa bersedih dengan apa yang berlaku terhadap remaja itu.

Sumber: TikTok Chaerunnisaputri, Detik.com, X Creepy Room

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen...

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Bisnes

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat. Menteri...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd