Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tiada Kerjasama Baharu, Asyraf Wajdi Nafi Wujud Perbincangan UMNO & PAS 

UMNO menolak dakwaan wujudnya perbincangan antara pemimpin utama parti itu & PAS disamping tiada pembentukan kerjasama baharu dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Memetik laporan Malaysia Gazette, Setiausaha AGung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perbincangan itu mungkin dibuat dalam kalangan ahli atau penyokong parti.

Tiada kerjasama UMNO & PAS

Tiada Kerjasama UMNO & PAS 

Foto: New Straits Times

Pada masa yang sama, Asyraf Wajdi turut menafikan perbincangan itu tidak dilakukan bersama kepimpinan tertinggi kedua-dua parti tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya Setiausaha Agung UMNO pun tak tahu (perbincangan kerjasama baharu) kalau nak berbincang ia berbincang dengan kepimpinan. Macam saya dengar pemimpin PAS bincang dengan Pakatan Harapan (PH) pun boleh berbincang,” katanya.

Beliau berata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Barisan Nasional-Pakatan Harapan Bagi Pilihanraya Kecil Dun Nenggiri, Kelantan di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur pada Isnin.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa PAS telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pemimpin utama UMNO.

Artikel lain: Khairy Jamaluddin Selar Ahli Parlimen Kerajaan Gantung Wan Fayhsal

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli Shaari berkata pertemuan itu dibuat secara tidak formal namun tidak mendedahkan pemimpin UMNO tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiada Kerjasama UMNO & PAS 

Foto: Free Malaysia Today

Kata Ahmad Fadhli Shaari, pemimpin utama UMNO itu meluahkan ‘rasa serba salah’ untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan yang didakwa merugikan parti itu.

“Iya perbincangan itu ada dan ia bukan satu gerakan, tetapi lebih kepada harapan. Ia membabitkan pemimpin utama.
“Dan dalam pertemuan itu, mereka mengharapkan agar kerjasama bersama dengan PAS dapat bersatu kembali, cuma mereka tidak berani ingin melawan apa yang diputuskan Presiden UMNO.
“Malah, mereka juga berharap Presiden UMNO berubah sikap kerana perubahan, visi misi yang cuba dibawa oleh Presiden UMNO itu tidak sampai ke peringkat bawah, ini luahan mereka termasuk kepada saya sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan parti itu tidak akan bekerjsama dengan PAS selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang masih memegang jawatan presiden.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd