Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Ambil Keterangan Bapa Kanak-Kanak Pandu Kereta Viva

Polis telah mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang tular dilihat memandu sebuah kenderaan dengan membawa dua adiknya di kawasan Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor sejak Ahad.

Menerusi satu laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 53 tahun itu telah hadir memberi keterangan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang malam tadi.

Foto: Bernama

“Siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan memandu kereta jenis Perodua Viva dengan membawa dua adik lelakinya berusia enam dan empat tahun untuk bersiar-siar di kawasan perumahan itu kira-kira jam 8 malam pada Ahad lepas.
“Siasatan lanjut masih diteruskan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang,” katanya.

Foto: Tangkap Layar Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut menasihatkan kepada ibu bapa agar lebih peka dan tidak sewenang-sewenangnya membiarkan anak-anak mereka memandu kenderaan tanpa lesen.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi satu minit 49 saat di pelbagai platform media sosial yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta jenis Perodua Viva selain turut dinaiki dua lagi kanak-kanak lain ditahan oleh seorang wanita.

Foto: Tangkap Layar Media Sosial

Kereta yang dipandu itu bergerak agak laju ketika melalui bonggol di hadapan sebuah rumah menyebabkan wanita terbabit mengarahkannya supaya memberhentikan kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu juga mendakwa kanak-kanak tersebut sudah beberapa kali dilihat memandu kereta di kawasan itu sekali gus mengingatkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd