Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kamala Harris Lancar Kempen, Dilapor Atasi Trump Sebagai Calon Pilihan Presiden

Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendahului saingan utamanya, Donald Trump dalam undian kebangsaan bagi pemilihan presiden selepas Presiden Joe Biden menarik diri daripada pemilihan semula.

Menerusi laporan New York Times, Kamala, 59, mendapat sokongan lebih daripada 1,976 perwakilan yang diperlukan untuk mendapatkan pencalonan bagi pusingan pertama pengundian Presiden AS baharu tersebut menggantikan Biden.

Foto: Sky News

“Sokongan yang diikrarkan tidak terikat sehingga perwakilan membuang undi, yang menurut pegawai parti akan berlangsung antara 1 Ogos dan 7 Ogos,” katanya.

Prestasi Harris dalam pengundian tersebut didorong oleh keterujaan kalangan pengundi Demokrat mengenai perubahan dalam persaingan, menunjukkan beliau mampu meneutralkan lantunan yang diraih calon selepas konvensyen pencalonan partinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Harris berkata, tekadnya untuk melancarkan kempen untuk jawatan presiden itu adalah tindakan yang sudah lama difikirkan dan berharap untuk mendapatkan pencalonan tersebut.

Foto: New York Times

“Malam ini, saya berbangga mendapat sokongan luas yang diperlukan untuk menjadi calon parti kami. Saya berharap untuk menerima pencalonan secara rasmi tidak lama lagi,” ujarnya.

Hasil kempen yang dibuat merekodkan pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 juta dolar AS daripada 1.1 juta penderma sejak petang Ahad lalu selain memaklumkan sekiranya Trump, 78,  menjadi Presiden semula itu sama sahaja seperti menarik negara ke belakang.

Foto: Sky News

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dengar saya apabila saya berkata, saya tahu jenis Donald Trump. Kami tidak akan berundur,” tegasnya lagi.

Untuk makluman, Konvensyen Nasional Demokrat AS dijadualkan akan berlangsung di Chicago bermula 19 hingga 22 Ogos depan.

Sumber: New York Times

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd