Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hilang Sejak Ahad, Polis Mohon Bantuan Kesan Puteri Damia Darwisyah

Polis sedang mengesan jejak seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang telah dilaporkan hilang sejak 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat menjelaskan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kehilangan mangsa, Puteri Damia Darwisyah Abdullah kira-kira jam 11:42 malam pada Ahad.

Menurut Azlan, sebelum Damia dilaporkan hilang, kali terakhir dia dilihat adalah di sekitar kawasan USJ 11, Subang Jaya, Selangor pada petang Ahad lalu.

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis telah menerima satu laporan bersabit kes seorang remaja perempuan berbangsa Melayu bernama Puteri Damia Darwisyah Binti Abdullah, berumur 14 tahun telah hilang kali terakhir berada di alamat No 81, Jalan USJ 11/3A, USJ 11, Subang Jaya Selangor pada 28 Julai jam lebih kurang 6 petang.
“Puteri Damia mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Justeru, beliau menyeru orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berhubung kehilangan individu tersebut untuk tampil di balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-78627222 atau 03-78627100.

Foto: Media Sosial

Sumber: Facebook Polis Daerah Subang Jaya

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd