Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kembali Gegarkan Industri K-Pop, 2NE1 Buat ‘Comeback’ Bermula Oktober Ini

Syarikat agensi, YG Entertaiment mengumumkan kumpulan 2NE1 yang pernah dibubarkan sebelum ini akan kembali menggegarkan industri K-Pop dengan mengadakan jelajah dunia bermula Oktober ini.

Menerusi Youtube rasmi YG Entertaiment, pengasasnya iaitu Yang Hyun Suk telah berkongsi perancangan agensi tersebut untuk kumpulan yang dianggotai oleh CL, Park Bom, Dara dan Minzy itu.

Difahamkan, kembalinya kumpulan yang pernah menjadi fenomena industri K-Pop sekitar tahun 2010-2015 itu adalah bersempena dengan ulang tahun 2NE1 ke-15 sejak kemunculan pertama mereka pada 2009.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: IG Sandara Park

“2NE1 akan kembali dan memulakan jelajah global. Ia akan bermula di Seoul, Korea Selatan, pada Oktober 2024, di tempat yang masih belum diumumkan.
“Jelajah kemunculan semula ini bertepatan dengan ulang tahun ke-15 kumpulan itu untuk penampilan sulung mereka tahun ini,” katanya dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, 2NE1 juga dilaporkan bakal mengadakan persembahan di Osaka, Jepun pada akhir November 2024 dan Tokyo pada Disember 2024 serta jelajah global tersebut akan diteruskan sehingga tahun 2025.

Foto: IG CL

“Saya rasa konsert ini akan menjadi agak istimewa. Ia bergema dengan mereka yang membesar dengan muzik 2NE1, berkongsi kenangan itu,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kali terakhir kumpulan terbabit membuat beraksi bersama di Coachella pada tahun 2022 dengan memberikan kejutan kepada para peminat menerusi persembahan ‘I Am The Best’ semasa slot persembahan CL di 88Rising.

Sumber: Youtube YG Entertaiment

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd