Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Shell Batalkan Hasrat Tutup 34 Stesen Minyak Di Sabah

Shell batalkan hasrat tutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan, susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri, menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah di sini hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan sama berkata kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu.

Shell batalkan hasrat tutup 34 stesen minyak

Artikel lain: Sebahagian M40 Dijangka Tak Dapat Subsidi Bahan Api, Hanya Untuk Golongan Sasaran

“Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap situasi di Sabah,” katanya.

Menurut kenyataan itu susulan daripada pengumuman Shell mengenai rancangan penutupan tersebut pada Jun lepas, Hajiji telah bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia Siti Hurrairah Sulaiman untuk membincangkan perkara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini dilaporkan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan di bawah Shell Timur Sdn Bhd akan ditutup menjelang Januari tahun depan.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Lokal

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO)...

Filem

Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton ke dunia penuh aksi dan ketegangan setelah pelancaran treler rasmi keduanya pada hari ini. Ejen Ali...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd