Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Tak Mampu Bersaing, Jangan Hasut Tarik Diri..”- TMJ Kecewa Mentaliti Bola Sepak Malaysia

TMJ Kecewa Mentaliti Bola Sepak Malaysia

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak tempatan yang dilihat tidak profesional dan gagal menjunjung semangat persaingan sihat.

Dalam satu kenyataan tegas menerusi media sosial, baginda menegaskan bahawa dominasi JDT bukan bersandar kepada penyertaan semata-mata, tetapi berpunca daripada usaha berterusan untuk berkembang dan memperkukuh kedudukan di peringkat domestik dan Asia.

“Ia bukan sekadar tentang penyertaan. Ia sentiasa tentang penguasaan dan peningkatan sejak dari awal lagi.
“Satu persoalan, dengan segala propaganda dan kempen yang mereka buat selama ini, apakah perubahan dan perbezaan yang mereka telah capai? Kosong! Sedangkan kami terus berkembang, bertambah baik dan meningkat ke tahap yang lebih tinggi setiap tahun,” titah baginda.

TMJ turut mendedahkan wujud cubaan menghasut pasukan lain untuk menarik diri daripada saingan liga, kononnya atas alasan bahawa liga bola sepak tempatan sudah ‘mati’.

“Lucu apabila segelintir ‘pesaing’ kami sering merungut dan mengadu kononnya mereka tidak dapat bersaing dengan kami, sehingga menghasut bahawa semua pasukan patut tarik diri dan kononnya liga ini sudah mati,” ujar baginda.

Artikel lain: Peminat Bola Sepak Patut Bangga, JDT Wakil Negara Sumbang Mata AFC MA – TMJ

TMJ Kecewa Mentaliti Bola Sepak Malaysia

Baginda menyifatkan mentaliti seumpama itu sebagai satu bentuk keaiban yang jelas bertentangan dengan semangat kompetitif yang seharusnya dipegang oleh semua pasukan bola sepak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita tidak lihat mentaliti sebegini dalam liga-liga lain walaupun ada pasukan yang jauh lebih mendominasi berbanding kelab lain. Ini memalukan dan negara jiran seperti Thailand serta Indonesia juga nampak jelas mentaliti bola sepak di Malaysia, jika tak mampu bersaing, lebih baik tarik diri.
“Sepatutnya kita mendesak pasukan-pasukan kita untuk bangkit, lebih profesional dan bersaing dengan kemampuan mereka,” tegas baginda lagi.

TMJ turut menyentuh mengenai cabaran JDT di pentas Asia yang memerlukan pasukan itu kekal berdaya saing walaupun berdepan kekangan bajet berbanding kelab gergasi dari rantau Timur Asia.

“JDT juga tidak akan mampu bersaing di pentas Asia jika kita memiliki mentaliti seperti itu, kerana bajet kita jauh lebih rendah berbanding banyak pasukan lain, termasuk dari Asia Timur namun kita masih mampu menamatkan saingan di tempat ketiga daripada 12 pasukan pada musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, baginda menyeru semua pihak agar bersikap lebih profesional dan tidak menyalahkan pihak lain atas kegagalan mereka sendiri.

“Peminat bola sepak Malaysia sepatutnya berbangga kerana JDT mewakili Malaysia dan mempunyai kedudukan yang baik di peringkat Asia. Mengikut Opta Power Rankings, kami kini berada di tempat ke-10 di Asia.
“Mentaliti bola sepak di negara ini sedang mundur ke belakang, bukan kerana mereka inginkan apa yang anda ada, mereka cuma tidak mahu kita memilikinya,” tegas TMJ.

Sumber: IG hrhcrownprinceofjohor

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd