Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bertongkat Turun Naik Mahkamah, Polis Sebak Lihat Mak Cik Bawa Wang Ikat Jamin Anak Penagih

Baru-baru ini, seorang anggota polis Din Helmy berkongsi satu pengalaman yang menyentuh hati orang ramai melalui satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, Din berkongsi detik sewaktu bertugas di mahkamah, apabila beliau didatangi seorang mak cik yang hadir bertongkat untuk melakukan proses ikat jamin bagi anaknya yang ditangkap atas kesalahan dadah.

Foto: TT dinhelmy

Apa berlaku dalam tempoh pertemuan itu cukup mendalam kesannya dimana Din mengakui dirinya sebak melihat mak cik tersebut yang mengingatkannya kepada ibunya sendiri.

Walaupun sudah berumur, wanita itu masih kuat dan tabah, hadir ke mahkamah sambil menggenggam sejumlah wang tunai semata-mata untuk mengikat jamin anaknya. Satu pengorbanan yang besar, demi seorang anak.

Namun bukan sekadar tindakan itu yang sebak, tetapi juga kata-katanya yang penuh bermakna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: TT dinhelmy

Dengan tenang dan reda, mak cik berkenaan meluahkan bahawa walaupun si anak telah dibuang oleh adik-beradik lain, dia tetap tidak mampu membuang anak kandungnya sendiri.

Foto: Gambar hiasan

“Dia dah banyak kali ditangkap, anak-anak mak cik yang lain dah buang dia daripada hidup mereka. Tapi mak cik tak boleh sebab dia tetap anak mak cik, mak cik yang melahirkan dia,” katanya.

Foto: TT dinhelmy

Ungkapan itu membawa makna sangat mendalam sekali gus mencerminkan kasih seorang ibu yang tidak bersyarat, tidak mudah goyah meskipun anaknya berkali-kali melakukan kesalahan.

Walau apa pun pandangan orang lain, di mata seorang ibu, anaknya tetap darah daging yang tidak boleh diganti.

Kisah ini menjadi satu peringatan tentang ketulusan cinta seorang ibu dan betapa dalamnya pengorbanan yang sanggup dilakukan demi anak.

Foto: TT dinhelmy

Ia juga menggerakkan hati sesiapa sahaja yang menonton, termasuk Din sendiri yang melihat wanita itu bukan sekadar sebagai seorang ibu kepada pesalah, tetapi sebagai lambang kasih yang tidak pernah putus.

Sumber: TikTok Din Helmy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd