Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebahagian M40 Dijangka Tak Dapat Subsidi Bahan Api, Hanya Untuk Golongan Sasaran

Menurut Kenanga Research, sebahagian golongan berpendapatan pertengahan atau lebih dikenali sebagai M40 dikatakan bakal tidak menerima subsidi bahan api memandangkan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar kelak.

Berdasarkan laporan Berita Harian, penganalisis Cheow Ming Liang memaklumkan kerajaan akan mendedahkan butiran secara terperinci mengenai subsidi bahan api yang disasarkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 13 Oktober 2023.

Keputusan itu bertujuan utnuk menggantikan subsidi bahan api pukal sedia ada dan berkemungkinan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, penggantian itu dilaksanakan disebabkan oleh beban kewangan tidak mampan sedia ada yang menunjukkan 35 peratus daripada subsidi berjumlah RM77.3 bilion pada 2022 telah digunakan untuk subsidi bahan api yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi (T20) lebih kaya.

“Dengan memanfaatkan Pangkalan Data Utama (PADU) baharu yang mengintegrasikan data daripada pelbagai agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kerajaan berhasrat untuk mengenal pasti penerima menggunakan kriteria ‘pendapatan boleh guna bersih’, yang bertujuan untuk mengecualikan sebahagian besar demografi T20.
“Kami percaya sebahagian daripada kumpulan M40 juga mungkin terputus, menyebabkan kuasa perbelanjaan kumpulan pengguna ini berkurangan,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mampu meraih sehingga RM17 bilion penjimatan sekiranya golongan T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berdasarkan laporan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bukan itu sahaja, kumpulan berpendapatan rendah (B40) hanya sekitar 24 peratus manakala berpendapatan sederhana (M40) sebanyak 41 peratus dan kumpulan T20 adalah 35 peratus pada 2022 untuk penggunaan ketiga-tiga bahan api tersebut.

Sumber: Berita Harian (Mahanum Abdul Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Sosial

Lotus’s Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan yang terlibat dalam insiden di stor Selayang selepas siasatan dalaman mendapati pengendalian kejadian itu tidak memenuhi...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd