Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bill Gates Dilapor Derma Hampir Seluruh Kekayaan, Yayasan Akan Ditutup Menjelang 2045

Tokoh teknologi dan dermawan terkenal, Bill Gates dilaporkan menyatakan hasrat untuk mendermakan hampir keseluruhan kekayaannya yang dianggarkan mencecah AS$200 bilion dalam tempoh dua dekad akan datang.

Menurut laporan CNN Business, pengumuman itu turut disertai dengan rancangan penutupan kekal Yayasan Bill & Melinda Gates menjelang penghujung tahun  2045 serta perkembangan ini dilaporkan oleh agensi berita Anadolu Ajansi (AA) dan dikongsi sendiri oleh Gates menerusi catatan blog terbaharu beliau.

Foto: Media sosial

“Dalam 25 tahun pertama Yayasan Gates yang turut dikuasakan oleh kemurahan hati Warren Buffett kami telah menyumbangkan lebih US$100 bilion. Dalam dua dekad akan datang, kami akan menggandakan jumlah pemberian ini,” tulis Gates.

Dermawan berusia 69 tahun itu mempunyai nilai kekayaan bersih sebanyak AS$113 bilion.

Dalam hala tuju baharu yayasan itu, beliau menyatakan bahawa usaha akan lebih tertumpu kepada mengurangkan kadar kematian ibu dan anak yang boleh dicegah, memerangi penyakit berjangkit yang berbahaya, dan mengangkat ratusan juta individu keluar daripada kemiskinan.

Foto: Media sosial

Dalam masa yang sama, Gates turut mengajak golongan berada untuk mempercepatkan sumbangan amal mereka serta katanya ia merupakan salah satu cara paling berkesan untuk memberi semula kepada masyarakat dan meninggalkan impak yang bermakna.

“Pengumuman hari ini hampir pasti menandakan permulaan bab terakhir dalam kerjaya saya, dan saya reda,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar masa depan dunia menjadi lebih baik, dengan setiap insan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat, bermaruah dan produktif, tanpa mengira latar belakang atau tempat tinggal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: CNN Business (Clare Duffy)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd