Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Luna Maya Sah Bergelar Isteri Kepada Maxime Bouttier

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya sah bergelar isteri apabila selamat bernikah dengan aktor Maxime Bouttier dalam sebuah majlis gilang gemilang yang diadakan di Bali, Indonesia hari ini.

Luna Maya sah bergelar isteri

Luna Maya sah bergelar isteri

Luna yang dilihat anggun tampil mengenakan kebaya putih dengan veil panjang merupakan keturunan Jawa dan Austria, sementara Maxime yang berusia 32 tahun keturunan Jawa dan France.

Maxime yang mengenakan beskap hitam melafazkan akad nikah dengan mahar sebesar logam mulia bernilai 7,5 gram dan wang tunai US$2025.

“Saya terima nikah dan kahwinnya Luna Maya Sugeng binti Alm. Uut Bambang Sugeng dengan mas kahwin logam mulia senilai 7,5 gram dan wang tunai US$2025 dibayar tunai,” ucap Maxime yang melafazkan ijab dan kabul.

Luna Maya sah bergelar isteri

Turut hadir, abang Luna iaitu Tipi Jabrik Noventin yang menjadi wali nikah manakala pelakon Raffi Ahmad sebagai saksi daripada pihak Luna dan kepala KUA Sukawati Akhmad Adiwijaya bertindak sebagai penghulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pernikahan tersebut membawa adat Jawa Yogyakarta yang merupakan latar budaya yang sama antara Luna dan Maxime.

Biarpun jurang usia 10 tahun, ia tidak menjadi penghalang untuk pasangan ini menjalinkan hubungan cinta dan pada Disember 2022 mereka tampil terbuka mendedahkan hubungan mereka di khalayak ramai.

Luna Maya sah bergelar isteri

Artikel lain: Beza Usia 10 Tahun, Luna Maya Jawab ‘Plan’ Kahwin Dengan Maxime Bouttier

Terdahulu, sebelum akad nikah Luna menjalani upacara siraman dan sungkeman mengikut ada Jawa ditemani Maxime yang turut menyertai tradisi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: YouTube Luna Maya

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd