Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Impak Mula Dirasai, Apple Terpaksa Tanggung Kos USD900 Juta Akibat Tarif

Apple  mengumumkan laporan kewangan terbaharu mereka dengan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 5%.

Namun, syarikat teknologi gergasi itu turut menjangkakan cabaran besar bakal tiba apabila tarif yang dikenakan dijangka melonjakkan kos operasi sehingga USD900 juta (kira-kira RM3.88 bilion) pada suku seterusnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, antara langkah strategik yang bakal diambil adalah dengan mengalihkan separuh pengeluaran iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat ke India. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kebergantungan kepada China yang kini terkesan akibat tarif tinggi.

Apple terpaksa tanggung kos

Apple terpaksa tanggung kos

Bagaimanapun, disebabkan permintaan tinggi terhadap iPhone di pasaran AS, separuh lagi inventori tetap perlu diimport dari China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi produk lain keluaran Apple, kesemuanya akan diimport dari Vietnam sebagai usaha mempelbagaikan rantaian bekalan dan mengurangkan impak tarif.

Artikel lain:

Apple terpaksa tanggung kos

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi berkenaan kenaikan harga produk Apple. Namun, syarikat itu memberi bayangan bahawa sebarang perubahan harga mungkin berlaku dalam beberapa bulan akan datang jika pentadbiran Trump tidak menarik semula kadar tarif tinggi yang diumumkan pada awal April lalu.

Langkah ini bukan hanya memberi kesan kepada Apple semata-mata. Beberapa jenama teknologi lain seperti Sony dan Microsoft juga sudah mula menaikkan harga produk masing-masing, termasuk konsol permainan, kerana turut merasai tekanan kos akibat tarif berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Amanz

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd