Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Liga Super: Harimau Selatan Baham The Red Warriors 9-0

Kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT), meneruskan dominasi dalam saingan Liga Super apabila mencatat kemenangan besar 9-0 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, sebagai juara liga 11 musim berturut-turut, skuad bimbingan Hector Bidoglio tidak memberi ruang kepada pasukan pelawat yang turun tanpa pemain import, apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kelapan.

Foto: Sinar Harian

Gol pertama hadir menerusi hantaran lintang Park Jun-heong yang disudahkan oleh Bergson da Silva dengan tenang untuk menewaskan penjaga gol, Mohamad Fikri Che Soh.

Pada minit ke-14, tuan rumah hampir menggandakan jaringan apabila percubaan Nazmi Faiz Mansor hasil hantaran lintang Matthew Davies hanya sedikit tersasar biarpun penjaga gol lawan sudah tertewas.

Bergson kemudiannya menambah jaringan kedua peribadi dan ke-28 dalam saingan liga musim ini pada minit ke-20 menerusi tandukan hasil sepakan sudut Nazmi Faiz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penyerang prolifik itu terus meledak apabila melengkapkan hatrik pada minit ke-24 dengan rembatan dari luar kotak penalti selepas pertahanan KDN FC gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, menjadikan kedudukan 3-0.

Foto: Harian Metro

Bergson terus mencipta sensasi apabila mencatatkan gol keempat peribadi dan ke-30 dalam liga pada minit ke-30 hasil sepakan lintang Jese Rodrigue.

Namun beliau tidak terhenti di situ apabila menyempurnakan jaringan kelima peribadi enam minit kemudian hasil kekalutan dalam kotak penalti lawan yang berpunca daripada sepakan sudut Juan Muniz, sekaligus membawa JDT mendahului 5-0 sebelum rehat.

Memasuki babak kedua, JDT terus menekan dan menambah jaringan keenam pada minit ke-54 apabila hantaran Bergson disempurnakan dengan tandukan oleh Romel Morales yang tidak dikawal dalam kotak penalti.

Morales turut menyumbang satu lagi gol peribadi tiga minit kemudian, menyempurnakan hantaran Jese Rodriguez untuk menjadikan kedudukan 7-0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gol kelapan JDT hadir pada minit ke-68 melalui jaringan pemain gantian Shahrul Saad hasil lorongan bijak Bergson, yang turut mencipta satu lagi assist dalam perlawanan ini.

Ketika aksi hampir ke penghujung, pemain berpengalaman Safiq Rahim turut mencatat nama selaku penjaring apabila menyumbat gol kesembilan JDT pada minit ke-83, sekali gus melengkapkan malam gemilang skuad Harimau Selatan.

Kekalahan besar ini sekali lagi menonjolkan jurang ketara dari segi kualiti antara kedua-dua pasukan, dengan KDN FC dilihat sekadar menjadi pelengkap jadual dalam kempen Liga Super musim ini.

Sumber: Harian Metro (Rizar Mohd Noor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Lokal

Jenazah seorang penuntut kolej, Nurfisya Zulkifly, 19, yang menjadi mangsa pembunuhan kejam dengan 61 tikaman, selamat dikebumikan awal pagi tadi dalam suasana pilu. Jenazah...

Dunia

Tular di media sosial dakwaan seorang jemaah calon haji (JCH) wanita warga emas dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat, yang dikatakan meminta turun dari pesawat...

Lokal

Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam seorang pelajar kolej perempuan berusia 19 tahun yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi Jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd