Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Gigi Hadid Sambut ‘Birthday’ Bersama Kekasih, Peminat Nampak Cincin Di Jari Manis

Gigi Hadid sarung cincin

Model Hollywood Gigi Hadid menarik perhatian peminat apabila menyarungkan sebentuk cincin emas di jari manis pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran bersama teman lelakinya, pelakon Bradley Cooper.

Gigi Hadid sarung cincin

Gigi Hadid sarung cincin

Menurut laporan Daily Mail, Gigi dilihat berjalan berpegangan tangan bersama Bradley semasa menuju ke sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.

Gigi tampil elegan mengenakan busana ringkas rona putih bersama seluar kulit dan aksesori barangan kemas manakala Bradley memakai jaket dengan kemeja hitam tersenyum sambil berjalan bersama menuju ke restoran berkenaan.

Gigi Hadid sarung cincin

Selain Bradley, terdapat beberapa selebriti lain turut diundang  bagi memeriahkan lagi acara sambutan ulang tahun terbabit termasuk kakak Gigi iaitu Bella Hadid, pelakon Anne Hathaway, Will Arnett, Tan France dan Martha Hunt.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular khabar angin membabitkan Gigi dan Bradley sedang dilamun cinta pada awal Oktober 2023 setelah dilihat menjamu selera di sebuah restoran terkenal di Via Carota dan pulang dengan menaiki kereta yang sama.

Gigi Hadid sarung cincin

Artikel lain: Bella Hadid Tak Restu Percintaan Gigi Hadid & Leonardo DiCaprio -“Risau Kakak Kecewa”

Untuk rekod, Gigi mempunyai seorang cahaya mata perempuan bersama bekas kekasihnya Zayn Malik iaitu Khai yang kini berusia tiga tahun.

Manakala Bradley dan bekas isterinya model Irina Shayk turut mempunyai seorang anak perempuan berusia enam tahun yang diberi nama Lea De Seine.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Daily Mail

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd