Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Iskandar Malaysia Rekod Peningkatan, Pelaburan RM41.4 Bilion – PM Anwar

Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan komited sebanyak RM41.4 bilion pada tahun 2024  berbanding RM37.2 bilion pada 2023 yang meningkat sebanyak 11 peratus.

Iskandar Malaysia rekod peningkatan

Iskandar Malaysia rekod peningkatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut adalalah satu kejayaan besar kerana merupakan pencapaian tertinggi sejak Iskandar Malaysia ditubuhkan.

“Bagi tahun 2024, Iskandar Malaysia telah berjaya mencatatkan pelaburan komited sejumlah RM41.4 bilion (kenaikan 11 peratus berbanding RM37.2 bilion pada tahun 2023) dan nilai ini merupakan pencapaian tertinggi sejak koridor itu diwujudkan. 
“Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan mesyuarat ke-34 Ahli Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA),” kata Anwar menerusi Facebook pada Khamis.

Iskandar Malaysia rekod peningkatan

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa pelaburan yang telah dibuat membuahkan hasil dan mengukuhkan lagi keyakinan pelabur terhadap koridor itu.

“Tahun lalu juga, nilai pelaburan yang direalisasikan mencecah RM26.7 bilion. Pelaburan Asing sebanyak RM36.1 bilion dan Pelaburan Domestik sebanyak RM5.3 bilion hatta pencapaian ini membuktikan bahawa keyakinan pelabur terhadap koridor ini terus meningkat.
“Untuk itu, saya tekankan kepentingan persediaan koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia dalam mengharungi keadaan ekonomi dan perdagangan dunia yang kian mencabar dan tidak menentu,” ujarnya lagi.

Iskandar Malaysia rekod peningkatan

Untuk rekod, Iskandar Malaysia merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (South Johor Economic Region, SJER).
Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga 2025 dan dipercayai memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd