Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jefri Nichol Masih Teruna, Bersumpah Tak Pernah Tiduri Lebih 20 Wanita

Jefri Nichol Masih Teruna

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita.

Aktor yang juga model berusia 26 tahun itu memaklumkan kontroversi hangat melibatkan kenyataan dalam satu audio siar hanyalah satu gurauan dan rekaan semata-mata.

“Saya hanya bergurau dalam podcast (audio siar) itu, sumpah.
“Saya hilang beberapa kerjasama dengan jenama-jenama besar kerana cerita itu,” katanya.

Jefri Nichol Masih Teruna

Dalam masa sama, pelakon filem Dear Nathan itu turut memberitahu bahawa dia belum pernah melakukan hubungan intim sepanjang dalam dunia lakonan.

“Semua yang saya katakan mengenai wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” ujarnya.

Artikel lain: Jefri Nichol Bersuara Pentingnya Pendidikan Seks Sejak Peringkat Sekolah Lagi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, teman lelaki kepada pempengaruh Ameera Khan itu mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka berkongsi tentang kehidupan seksualnya yang melampau.

Menurut bintang film ‘Jakarta vs Everybody’ pada ketika itu, Jefri mengaku bahagian tubuh wanita yang paling menarik perhatiannya adalah punggung dan menyatakan bahawa dia berangan untuk melakukan one night stand dengan gamer dan pencipta kandungan, Catheez.

Disebabkan itu, Jefri menerima pelbagai kecaman sekali gus memberi tempias kepada kekasihnya, Ameera Khan.

Sumber: TikTok atyyyyyyyyyyyyy

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd