Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sumbangan Derma Masjid Jamek Ar-Ridzwan: Kutipan Hampir RM2 Juta Dalam Tempoh 36 Jam

Kutipan sumbangan orang ramai bagi menebus semula sebahagian tanah Masjid Jamek Ar- Ridzwan di Alor Pongsu yang dimiliki individu bukan Islam telah ditutup secara rasmi selepas berjaya mengumpul hampir RM2 juta dalam tempoh kurang 36 jam sejak ia dilancarkan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pengerusi masjid tersebut Yusuf Majid berkata, jumlah keseluruhan kutipan yang berjaya dikumpul setakat jam 8.30 malam tadi ialah RM 1,977,482.20, satu jumlah yang amat luar biasa dalam masa singkat.

“Kami amat terharu dan bersyukur dengan sokongan luar biasa daripada umat Islam seluruh negara yang bersama-sama menyumbang bagi merealisasikan usaha pembelian tanah masjid ini yang sebahagiannya dimilik pemilik bukan Islam,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan ini turut disokong oleh peranan penting pendakwah terkenal, Firdaus Wong yang menggunakan platform media sosialnya untuk menyebarkan isu ini kepada orang ramai.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Allah telah gerakkan hati-hati umat Islam di seluruh tanah air.
 “Ini satu kemenangan buat kita semua. InsyaAllah dan Firdaus juga turut akan menyediakan peguam-peguam yang akan membantu dalam urusan perundangan dan sebarang isu yang berbangkit selepas ini.
 “Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk media dan individu yang membantu menyebarkan usaha murni ini. Semoga Allah membalas dengan ganjaran terbaik,” ujarnya

Sebagai tanda penghargaan kepada para penyumbang, pihak masjid akan mengadakan satu siaran langsung khas dari Masjid Jamek Ar-Ridzuan malam ini untuk memberikan maklumat lanjut dan perkembangan terkini kepada orang ramai.

Terdahulu, timbul isu berkaitan tuntutan pemilikan tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan yang dimiliki oleh seorang individu bukan Islam, selepas tanah wakaf asal bagi pembinaan masjid tersebut dijual oleh cucu pewakaf.

Namun begitu, pemilik baharu tanah tersebut telah bersetuju untuk menjualnya semula. Susulan itu, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menggunakan wang kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri bagi membeli sebahagian tanah berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta daripada pemiliknya.

Sumber: Utusan Malaysia (Wat Kamal Abas)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd