Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Arif Aiman Lakar Sejarah, Pemain Paling Bernilai Empat Musim Berturut-Turut

Lakar Sejarah

Pemain berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi terus lakar sejarah dalam arena bola sepak tempatan apabila muncul sebagai pemain pertama yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) sebanyak empat kali berturut-turut di Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.

Pada usia 23 tahun, Arif Aiman membuktikan kematangannya di atas padang dengan mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim.

Beliau menjaringkan 12 gol dan mencatatkan 13 bantuan gol (assist), sekali gus membantu Harimau Selatan menjulang trofi Liga Super dan Piala FA, serta mara ke final Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 April ini.

“Sebelum ini saya telah menang tiga kali berturut-turut, tahun ini saya lakukan perkara sama seperti tahun sebelum, saya tidak mengharapkan apa-apa, jika menang Alhamdurillah rezeki, jika tidak saya akan cuba lagi.” katanya pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2025 (ABK25.)

Kredit Foto: Utusan/ Shiddieqiin Zon

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Arif Aiman Ikrar Setia Bersama JDT – “Saya Perlu Terus Bekerja Keras..”

Arif Aiman Lakar Sejarah

Kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Hector Bidoglio, untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama di setiap perlawanan ternyata berbaloi apabila Arif terus menjadi tunjang utama jentera serangan JDT.

Prestasi cemerlang itu meletakkan pemain kebangsaan ini dalam kelas tersendiri, mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, yang meraih gelaran MVP selama tiga musim berturut-turut dari 2010 hingga 2012.

Malam ABK 2024-2025 turut menjadi milik Arif Aiman apabila beliau menggondol tiga lagi anugerah utama: Pemain Tengah Terbaik, Gol Terbaik Liga Malaysia, serta terpilih dalam kesebelasan Fans XI sebagai penyerang pilihan penyokong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemenangan dalam kategori Pemain Tengah Terbaik juga merupakan yang pertama buat Arif, selepas meraih gelaran Penyerang Terbaik tiga musim berturut-turut dari 2021 hingga 2023, selari dengan posisi terkininya yang didaftarkan oleh pasukan.

Kejayaan demi kejayaan ini mengukuhkan lagi status Arif Aiman sebagai ikon baharu bola sepak Malaysia.

Sumber: Stadium Astro, FB Malaysian Football League

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd