Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JanaVeteran Perkasa Veteran ATM Dalam Bidang Pertanian, Sasar Pendapatan RM2,000 Sebulan

Golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini berpeluang menjana pendapatan stabil menerusi bidang pertanian melalui pelaksanaan Projek JanaVeteran, sebuah inisiatif strategik anjuran Boustead Plantations Berhad (BPlant) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM).

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek JanaVeteran di Ladang Telok Sengat, Kota Tinggi hari ini.

JanaVeteran perkasa veteran ATM dalam bidang pertanian

JanaVeteran

Beliau turut disambut oleh Pengerusi Boustead Plantations Berhad, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (Bersara) bagi sesi lawatan tapak dan gimik perasmian projek dengan menanam pokok halia serta tandatangan plak pelancaran, sebelum bergerak ke program seterusnya.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk membantu veteran ATM menjana pendapatan melalui program pertanian dan membantu usaha kerajaan dalam memperkukuh aspek keterjaminan makanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

JanaVeteran

“Melalui inisiatif ini, veteran ATM akan diberi peluang untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan tani.
“Projek ini telah menetapkan dua program khas yang berasaskan pertanian tanaman kontan (cash crop) kepada veteran ATM iaitu Program Tanaman Halia dan Cili Fertigasi serta Program Usahawan Tani Veteran,” kata MINDEF hari ini.

Untuk makluman, Program Tanaman Halia dan Cili Fertigasi adalah merupakan projek rintis (pilot project) di Ladang Telok Sengat yang bermula sejak Mac lalu.

Artikel lain: Menteri Pertahanan Santuni Warga ATM: Infrastruktur Dibaik Pulih, Ekonomi Keluarga Diperkasa

“Melalui program ini, BPlant telah menyediakan 15 plot fertigasi di atas tanah seluas 12 hektar bagi tujuan penanaman halia. Pada skala lengkap, BPlant akan menyediakan tanah seluas 80 hektar di seluruh negara bagi tujuan penanaman,” ujar MINDEF.

JanaVeteran

Selain itu, MINDEF berkata Projek JanaVeteran pula membuka peluang kepada veteran ATM melalui Program Usahawan Tani Veteran melalui program ini dimana peserta akan diberikan kursus dan latihan bagi memantapkan lagi asas pertanian mereka.

“Sebagai tambahan, BPlant memberi jaminan untuk membeli semua hasil halia untuk dipasarkan secara pukal dan terus kepada pembeli.
“Sebagai insentif kepada peserta veteran, BPlant juga memberi jaminan wang pendahuluan hasil daripada keuntungan secara bulanan sebanyak RM2,000
“Walau bagaimanapun, pihak BPlant menjangkakan pendapatan bersih kepada setiap peserta dianggarkan sebanyak RM2,000 setiap bulan, bergantung kepada faktor-faktor seperti kualiti hasil, cuaca dan lain-lain,” jelasnya.

Secara tidak langsung, inisiatif ini dijangka akan dapat membantu dari aspek peningkatan taraf ekonomi tempatan dengan memperkasakan ekonomi isi rumah veteran ATM.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia selaras dengan usaha MINDEF memperkasa institusi veteran ATM dan warga pertahanan dengan memberi penekanan seperti yang digariskan di dalam Amanat Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan: Fokus 4 – Memperkukuh Ekosistem Kesejahteraan warga pertahanan,” kata MINDEF lagi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili; Muszadie Makmor, ADUN Johor Lama; Norlizah Noh, Pengarah Urusan BPlant; Datuk Zulkarnain Md Eusope, Timbalan Ketua Pengarah JHEV, Sophian Isswandy Ismail, Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM (PVATM) Johor; Ibrahim Yahaya dan ahli-ahli lembaga pengarah serta pengurusan tertinggi BPlant, wakil-wakil jabatan dan agensi masyarakat.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Nasional

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang...

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Sukan

Meskipun keadaan kesihatan kurang memuaskan, atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib membuktikan jiwa juangnya di pentas dunia apabila melakar kemenangan keempat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd