Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Tarik Diri Daripada Saingan Liga Super Musim Hadapan, PAFA Hormati Keputusan Perak FC

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) menghormati keputusan Perak FC membubarkan pasukan dan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan.

Presiden PAFA Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata pihaknya menghormati keputusan dibuat XOX Berhad yang memiliki 100 peratus pemilikan saham Perak FC.

Saingan Liga Super

Saingan Liga Super

“PAFA amat menghargai dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada XOX Berhad atas sumbangan diberikan kepada pasukan bola sepak negeri melalui Perak FC.
“PAFA turut bersimpati dengan nasib pemain Perak FC terutamanya pemain muda dan akan membantu mengikut keupayaan sedia ada khususnya dalam aspek pembangunan bola sepak serta kerjaya pemain muda Perak,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Azhar berkata walaupun pasukan Perak FC dibubarkan, PAFA akan memastikan pembangunan sukan itu di negeri berkenaan tidak terjejas menerusi pembangunan dari peringkat akar umbi bagi melahirkan pemain berkualiti dan berintegriti.

Beliau berkata perancangan semasa PAFA adalah untuk membentuk pasukan bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2025/2026, di samping mempertimbangkan untuk memberi pendedahan serta pengalaman kepada pasukan SUKMA tersebut dengan menyertai Liga Al atau A2.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Permainan Bola Sepak Terlampau Mahal, Tak Tertanggung Kerajaan Negeri – Saarani

Saingan Liga Super

“Selain itu, PAFA juga akan merujuk dan mendapatkan khidmat nasihat daripada kerajaan negeri, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Bolasepak Amatur (AFL) bagi langkah seterusnya,” katanya.

Pada Sabtu lepas, media melaporkan Pengerusi Perak FC Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan bahawa skuad The Bos Gaurus terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Super musim depan kerana berdepan kemelut kewangan.

Azim dilaporkan berkata pihakya sudah melakukan yang termampu untuk membangunkan pasukan itu termasuk membelanjakan hampir RM40 juta sejak tiga tahun lepas.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd