Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nurul Izzah Adalah Masa Depan Untuk PKR – Adam Adli

Gesaan agar Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti semakin mendapat momentum selepas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan beliau.

Adam yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan menegaskan bahawa sokongannya bukan berlandaskan pertimbangan peribadi semata-mata, tetapi atas dasar strategik demi memperkukuh barisan kepimpinan masa hadapan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Foto: Harian Metro

“PKR sedang berdepan fasa dan cabaran baharu. Kehadiran Nurul Izzah di barisan hadapan adalah lambang komitmen parti terhadap kesinambungan idealisme reformasi, yang melangkaui nama individu atau warisan keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masa seluruh anggota parti menyatakan pendirian masing-masing secara jelas.

Setelah menilai secara menyeluruh dan tanpa menjejaskan rasa hormat terhadap mana-mana pemimpin lain, beliau menyokong pencalonan Nurul Izzah untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2025.

Semalam, medan lobi bagi jawatan nombor dua PKR mula memanas dengan Nurul Izzah kini dilihat mendahului persaingan berbanding calon-calon lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dikhabarkan berpotensi mencabar penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Proses pencalonan bagi pemilihan kepimpinan pusat dijadualkan bermula esok dan Jumaat.

Foto: nst.com.my

Adam turut menggariskan bahawa Nurul Izzah merupakan antara Naib Presiden paling berpengalaman dalam PKR, setelah bersama parti sejak peringkat awal penubuhannya.

Beliau juga pernah berkhidmat selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen, selain memainkan peranan aktif sebagai aktivis hak asasi manusia di luar kerangka politik.

“Dalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah jadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip, tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada,” ujarnya.

Beliau menekankan keperluan pemimpin yang berupaya merapatkan pelbagai jurang dalam parti  termasuk jurang generasi dan gender serta menyifatkan Nurul Izzah sebagai individu yang mampu memikul peranan tersebut.

“PKR selama ini dilihat sebagai parti masa hadapan. Kini, masa hadapan itu telah tiba.
“Nurul Izzah bukan sahaja sebahagian daripada sejarah panjang perjuangan PKR, tetapi juga mencerminkan wajah masa hadapan Keadilan,” tulisnya.

Sumber: Facebook (Adam Adli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Sukan

Penolong pengurus skuad sepak takraw Thailand, Rattadech Noijaroen, meluahkan rasa kecewa susulan insiden kontroversi yang mencemari aksi Piala Dunia ISTAF di Stadium Titiwangsa malam...

Sukan

Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mengakui beliau kurang berpuas hati apabila Malaysia muncul juara Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026...

Dunia

Salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotila (GSF) 2.0, Razman Mat Ali perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd