Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Gamuda Jual Tanah Bernilai RM455 Juta Kepada Anak Syarikat Berkaitan Google Di Port Dickson

Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan global setelah Gamuda Bhd iaitu syarikat pembinaan terkemuka negara dilaporkan menjual tanah seluas 389 ekar di Port Dickson kepada Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat berkaitan Google.

Gamuda jual tanah kepada Google

Gamuda jual tanah kepada Google

Foto: Vocket

Menurut laporan The Edge Malaysia, tanah itu dijual dengan nilai sebanyak RM455.23 juta yang pada mulanya dirancang sebagai lokasi pusat data oleh Gamuda namun kini dijadikan sebagai tapak mega pusat operasi data milik Google di Malaysia.

Dalam pada itu, biarpun tanah terbabit telah berpindah hak milik namun Gamuda masih memainkan peranan penting dalam pembangunan bernilai RM1.01 bilion yang membabitkan kerja-kerja infrastruktur luar dan kerja tanah.

Bukan itu sahaja, sebahagian projek merupakan pembinaan loji rawatan air berkapasiti 65 juta liter sehari yang dijangka akan siap pada suku kedua 2027.

Selain itu, mengikut perancangan akan dibina juga kemudahan penyimpanan air luar sungai menjelang hujung 2028 sekaligus memastikan bekalan air yang stabil untuk operasi pusat data.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Gamuda jual tanah kepada Google

Foto: Vocket

Menurut pihak Gamuda, mereka menganggap projek ini merupakan penyelesaian menyeluruh untuk industri pusat data kerana ia bukan sekadar jual beli tanah tetapi turut menyediakan kemudahan utiliti dan air yang lengkap bagi operasi jangka panjang.

Artikel lain: Bina Pusat Data Kedua, Google Dijangka Labur RM5 Bilion Di Elmina

Menariknya, kerja-kerja pembinaan akan menggunakan sistem bangunan berindustri moden (IBS) yang dipercayai mampu mempercepatkan kerja-kerja projek dalam memastikan mutu kerja lebih terjamin.

Sehubungan itu, kerjasama strategik ini menunjukkan Malaysia mempunyai potensi besar dalam menjadi hab digital di Asia Tenggara dan memperlihatkan betapa pentingnya peranan Gamuda dalam membuka jalan kepada pelabur teknologi global seperti Google.

Sumber: THE EDGE MALAYSIA (Yap Yan Qing)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd