Connect with us

Infozon

Tular Menghina Polis Di Facebook, Nursyahira Luah Kesal & Mohon Maaf

Tindakan seorang remaja berusia 20 tahun memuat naik status menghina polis di media sosial, Facebook mengundang padah apabila dia dicekup pihak berkuasa pada hujung bulan Mac yang lalu.

Gadis ini kemudiaanya dikenakan denda sebanyak RM10,000 dan hukumanpenjara tiga bulan oleh Mahkamah Seksyen Alor Setar selepas mengaku salah atas tuduhan membuat dan memuat naik status berbaur kebencian melalui aplikasi Facebook.

“Saya mohon maaf kepada polis dan menyesal atas perbuatan saya”

Kejadian yang menimpa dirinya benar-benar memberi satu pengajaran dan tamparan yang hebat dalam diri Nursyahira ini. Dia juga turut mengakui, sikap marah dan meluahkan kata-kata di media sosial akhirnya membawa kesan buruk kepada diri sendiri.

“Bagilah dia peluang kedua…”

Sebelum ini seorang usahawan, Muhamad Azlan Abdullah @ Ali dari Besut, Terengganu tampil membantu Nursyahira sekeluarga dengan menjelaskan kos guaman sehingga kes itu selesai, selain menjelaskan wang ikat jamin gadis itu sebanyak RM5,000.

Malah permohonan Nursyahirah ini turut dikongsikan di laman Facebook miliknya dan berharap agar orang ramai dapat memberikan kemaafan kepada gadis berkenaan.

Nursyahira dikatakan berang dengan tindakan polis yang mengarahkannya pulang ke rumah ketika pemantauan Ops COVID-19 di sekitar Pendang-Kobah, Batu Menunggul di Pendang pada 27 Mac lalu.

Sumber: Harian Metro, Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending